Wednesday, December 1, 2010

hello disember...

gua bangun lewat hari ni.. padahal gua tido cukup awal semalam...

memang cilake..

bangun tak sempat capai pape terus pergi kerja..

sampai tgh jalan gua lupa bawak wallet gua..

tambah satu cilake.

jalan jam dari tol rumah gua sampai ofis..

gua dah kira, ada 3 cilake gua bagi.

gua pecut dgn kelajuan luarbiasa. dalam jiwa gua cuma sampai ofis atau sampai hospital.

gua sampai ofis je, bos gua duk tunggu depan pintu.

4 kali cilakeeee..

gua parking elok-elok. ikat rambut gua cantik-cantik. gua tarik nafas panjang.

dengan sopan gua masuk ofis.

**********

"hei....ko bukan cuti ke lagi...?"

gua keras depan pintu ofis....

CILAKEEEEE 100%....

macam gua boleh rajin sgt pergi ofis ni......



Monday, November 29, 2010

PAPI RICHARD LEAGUE - jelebu oh jelebu

“ kamu bekerja untuk siapa?” lelaki berpakaian lengkap uniform tentera bersuara.

Perlahan tetapi keras.

 bilik yang hanya disinari dengan lampu mentol malap itu itu menghadkan penglihatan aku. Bilik seluas 4x4 kaki itu berbau hancing dan busuk.

Mungkin tentera golka menjadikan bilik ini sebagai tandas agaknya.

Kalau begitu,tandas mereka lebih besar dari bilik asrama aku waktu sekolah dulu.

Beruntunglah mereka.

**********

BUUUKK!!

Satu tinju dilepaskan ke muka aku.

Darah merah panas mengalir laju dari hidung dan mulut. Menitik membasahi lantai.

Bangsat.

Kalau berani lepaskan ikatan di badan aku. Ini gaya pengecut.

Aah..kepalaku berpinar-pinar.  Sesekali bayangan lisa surihani melintasi kepala otakku yang pening.

Tapi aku masih belum mau pengsan.

Bangsat.

**********

Pintu bilik itu dikuak.

Dari mata ku yang separuh kuyu, Kelihatan seorang lelaki masuk kedalam.

Kini dah bertambah menjadi 3 orang disini termasuk aku.

Oh. Dia nak tumpang kencing ke kat sini?

Cilaka.

time-time aku kena ikat sini ada pula nak tumpang kencing.

 Binawe betul..

“ Achong Chopper, the third man in Papi Richard. The special elite force in Malaysia. The very-very special team in Malaysia…..hmmm…what are you doing right here my lieutenant achong chopper..?” ujar lelaki yang baru masuk itu sambil merapatkan mukanya dan memegang daguku.

Dan ditamparnya beberapa kali.

Cilaka.

Kena tumbuk lagi karang hidung aku ni.

**********

“hei..bangun..!!” jerit seorang pemuda.

Aku mengosok-gosokkan mata. Badan terasa amat sakit sekali. Tapi aku gagahkan jua.

Dah aku kena suruh bangun.

“nah..makan!” lelaki itu menyorong bekas berisi makanan. Agak kasar. Kalau kat kedai makan dah lama makan sudu dan garfu mamat ni.

Tapi sekarang kat sel penjara. Aku lupakan apa yang aku fikir tadi.

“sos takde ke bang..?” aku bertanya dalam cubaan berbuat-buat mesra.

Mana tau esok dapat makan ayam tandoori pula.

“apa kau ingat ini mc Donald drive-thru?” jerkah lelaki garang itu. Misai ala-ala ikan keli.

Sikit pun tak takut.

***********

Aku tengok makanan aku.

Bawang. Roti. Kuah sup.

Aku tengok sel orang sebelah. Mamat berjambang tu sedang menjilat-jilat jari.

Aku tengok makanan dia.

Cilakak!

Nasi beriani. Ayam rempah. Roti jala.

Aku minta sos je pun kena jerit. ni pula mamat sebelah sel aku boleh dapat makanan bukan main best lagi macam kat restoran pelita ape cerita. Dada aku tiba-tiba membara.

“biasa la tu. Aku pun mula-mula makan bawang dengan roti juga macam kau brader.. dah lama sikit baru la dapat menu sedap sikit..” lelaki berjambang itu berkata seolah-olah tahu apa yang aku fikirkan tadi.

“hoh..kau dah brapa lama?” Tanya aku seperti berminat.

“tak lama, baru masuk 17 tahun…”

Cilakak betul.

**********

“dah berapa lama aku pengsan..?” Tanya aku pada lelaki jiran sel sebelah ini sambil mulutku mengunyah bawang merah sebesar bola lisut ini.

“dua hari.” Jawabnya pendek.

Aku mengangguk beberapa kali sambil cuba mengingat apa yang terjadi.

…………

…………

………..

Aku gagal. Sedikit pun aku tak ingat.

Lantai batu yang sejuk itu aku baring perlahan-lahan dengan alas kertas surat khabar.

Sambil mata memandang siling dan tangan yang kasar menjadi tungku kepala.

Otak kosong menerawang.

Dan mata terpejam perlahan-lahan meninggalkan jasad di dalam sel yang sempit ini.

**********

“Psstt..psstt..”

Aku macam terdengar sesuatu.

“hei..sini la..sini..” suara perlahan itu memanggil lagi.

Aku menoleh keluar sel. Kelihatan sesusuk tubuh berjubah hitam di luar sedang melambai-lambai tangan padaku.

Malaikat maut ke tu?

Aku dengan berhati-hati merapati ke pintu jeriji besi.

“nah..ambil ni…” orang berjubah hitam mengeluarkan sesuatu seperti briefcase dari bajunya itu.

“ehh…apa benda ni semu……”

“ssyyyyytt..diam.. ambil dan buka bila ada masa.” Potong orang berjubah hitam itu. Dan kemudian menghilangkan diri dalam kegelapan lorong sel jeriji besi.

Aku ada sedikit terkesima.

Perutku dicubit beberapa kali.

Aku tak bermimpi.

**********

Dengan tertib aku membuka briefcase ini. Sambil mataku meliar memandang kiri dan kanan.

KLIKK!

Beg itu dibuka.

Aku sedikit terkejut.

Terdapat satu persalinan uniform tentera. Satu Pistol jenis Walter dengan 2 magazin penuh peluru. Satu kad pas lawatan. Sepasang kunci. Satu botol kecil Dettol dan 2 buah buku komik Sin Chan volume 3 dan 4 edisi merdeka raya.

Aku tak tau pula komik sin chan ada keluar edisi merdeka raya.

Cis. Memang aku dah lama ketinggalan rupanya.

Terima kasih wahai manusia berjubah hitam!

**********

PANNNGG!!!

“cakap cepat..!! kemana dia pergi…!!!”

Mamat berjambang itu dicekik keras oleh tentera bermisai ikan keli itu. Ditamparnya beberapa kali.

Kuat dan padu.

Dengan menggigil ketakutan mamat berjambang itu menjawab “ sa..sa..saya tak tau tu..tu..tuan..bangun nak pergi kencing, ti..ti..tiba-tiba sedar dah hilang lelaki tu..ma..ma..maaf tuan..memang saya tak tau..!”

“binatang..macamana boleh terlepas?! Pengawal. Lekas beritahu semua bahawa tebusan kita berjaya melarikan diri. Kunci semua pintu keluar masuk. Sekarang!!” arah tentera bermisai ikan keli sambil menumbuk ke dinding menahan amarahnya.

Siren kecemasan dibunyikan.

Berpusu-pusu tentera bergegas ke tempatnya.

**********

Aku mengambil kesempatan hiruk pikuk ini dengan cuba melarikan diri. Dengan persalinan tentera ini memudahkan lagi penyusupan aku untuk keluar dari tempat yang busuk ini.

Ya, sangat busuk.

Bukan setakat cleaner, tong sampah pun jarang aku tengok. Macamana la diorang ni. Ntah-ntah lepas buang air pun tak flush agaknya..Ahhh.lupakan perkara ni.

“hei..nak kemana tu..?!”

Gampang..siapa pula panggil aku ni..…

Pistol disisi pinggangku dicekah perlahan-lahan.

**********

 Aku menoleh ke belakang.

“hei..itu jalan pergi bilik ketua la.. jalan pergi pusat kawalan ikut sini..”

“oh..yeke..lupa pula.ha ha ha.” Jawab aku sambil mengaru kepala yang tak gatal.

Dan ketawa yang tak ikhlas langsung.

Tentera itu tiba-tiba berubah wajah. Mukanya dikerutkan.

Cilakak. 

Dia dah perasan ke. Peluh aku mula menitik. Kalau kantoi kena tangkap memang kaw-kaw aku kena tumbuk pasni.

Tentera itu merapati perlahan.

Jantung aku. Dub-dab.dub-dab. Laju macam F1.

“macam aku kenal la….” Kata tentera itu sambil tak henti2 berkerut.

Fuck!!

memang habis ni..memang habis la aku kali ni..!

**********

“amir kan ni..? ni budin la..tak kenal ke..” ujar tentera itu sambil menguntumkan senyuman.

Sambil tangannya memeluk bahuku.

“budin..?” balasku sambil mengingat-gingat sesuatu.

“alaa..budin anak bustamam la.. ingat tak masa taun 1994 kita pernah pecah masuk surau curi P.A system pastu jual kat pasar malam..ala, tak kan dah lupa hal-hal macam tu kot..kita geng rapat dulu..”  beritahu tentera bermuka petak itu sambil menepuk-nepuk bahu.

“ooohhh..ingat.ingat.. ni anak bustaman yang nombor dua yea..ingat..mana boleh tak ingat…anak ni la yang….”

BUUUKKKK!!!

Satu penumbuk aku lepaskan ke muka tentera itu.

Padat dan padu.

Bagi pengsan.

Apa gila waktu hiruk pikuk macam ni nak buat jejak kasih pulak. Budin la, bustamam la. Mana aku ingat semua tu. Geng curik pecah masuk surau pulak tu. Haram betul.

Tentera bermuka petak itu aku seret masuk ke dalam bilik ketua.

Besar betul bilik ketua.

Wangi pulak tu.

Tiba-tiba langkah aku terhenti.

Kaget.

Cilakak…. Baru sekarang aku teringat macamana aku boleh ada kat sini..

Shit!!

Rupa-rupanya……..

**********

Susuk ketua itu amat aku kenali. Lenggoknya memang aku pahami.

Aku teliti wajahnya.

Cilakaaaaaaaa….

Aku jerit sekuat-kuatnya dalam hati…

Kekuda kaki ku mulai longlai. Tenaga aku bagai hilang.

Lisa surihani dihadapan ku.

Baru aku mengerti sekarang.

Tugas aku disini adalah menghapuskan ketua tentera Golka Jelebu.

Iaitu  lisa surihani.

**********

Dia tersenyum.

Kemudian dia dengan perlahan merapati aku.

Gampang betul la.

Apehal aku kaku je ni..

“achong chopper…”

Manjanya nada dia… arghhh..

“awak sangat hebat. Nama awak cukup terkenal dikalangan kami. Kenapa awak tak berjuang sahaja demi golka..?”

Aku masih lagi kelu.

“awak boleh dapat segalanya tau…” sambung manja lisa surihani lagi sambil jari telunjuknya bermain di bahu aku.

Cilakaaaa…

Otak aku mula keliru..

Pilih Negara atau lisa surihani..

Damn…!

**********

Aku menarik nafas panjang.

“sayang..” tetiba perkataan itu keluar dari mulut aku..

“saya seorang anggota unit khas, berjuang demi keselamatan Negara..” aku cuba menyusun ayat.

Supaya gadis comel ini mengerti.

Matanya aku tatap.

“jadi…saya tetap berjuang demi……”

POWWWWWW!!!!!

Letupan kuat kedengaran…..

***********

Darah membasahi muka ku.

Lisa surihani yang ku tatap tadi sudah tiada.

Wajah yang comel itu hancur.

Pecah dgn hamburan peluru.

Bangsat….!!!!!!!

**********

“woi…ape bangsat bangsat…!?”

Aku kenal suara tu..

Cilaka.. boba dey tersenyum memandang aku.

“weh…bagi la aku ayat habis dulu…yang ko pegi tembak dulu apehal…..???”  getus aku tanda tak puas hati..

“dah..dah..dah..tugas kita dah selesai…mari balik…” sampuk Yean Rabu.

Aku menatap tubuh kaku lisa surihani.

“maafkan aku sayang..aku tak dapat menyelamatkan kamu…” bisik hati aku perlahan..

Helicopter milik kami terbang tinggi meninggalkan pengkalan tentera golka dengan seribu persoalan.

…………
………..
……….

Siapakah yang berjubah hitam itu ya….?





Sunday, November 7, 2010

condition.

human body for sale :

malaysia specs
nobody owner
alot accident but still can moving
very high milage
clean interior
original paint
100% original condition
no need major repair
very intelligent computer box inside
easy to care
suitable for extreme user

serious buyer only.
prefered cash only.

trade in for only certain body can be accepted, like ultraman body, hang tuah body, or the rambo body.

call 0133114000 (mr. right)
or just view our advertisement at http://www.mudah.my/






Wednesday, October 27, 2010

wishlist

wish list before end of the year 2010.


  • doing 360 double barspin at putrajaya skatepark.
  • ride from semenyih to putrajaya.
  • run my own label clothing.
  • going sabah (again).
  • going singapore.
  • finishing my 'PAPI RICHARD LEAGUE'.
  • build my own studio.
  • quit from smoking.

good nite rocka.

Monday, September 27, 2010

gemuk

puasa hari yang ke -25.

gua dengan selamba sarung seluar saiz 28-29..

**********

raya hari ke-5.

gua makan nasi himpit. soto. lodeh. kuah kacang. kerepek. lemang.

gua dengan tak selamba tak pakai seluar.


gilaaa sempit...

Sunday, September 19, 2010

dompet yang power

dompet sangat berkuasa.

kerana dompet, sebiji kereta boleh kena pecah.

kerana dompet, nyawa melayang.

kerana dompet, aku sibuk cari duit utk masa hadapan!

***********

ok..aku memang tepu sekarang.. pergi owww rainbow project ..

Monday, September 13, 2010

raya perisa mild

gua menyedut rokok sejuk..

sambil tangan gua meraba cari duit syiling untuk tol 50 sen...

gua bayar dengan penuh berhemah..

**********

gua rasa perjalanan gua ke opis macam jauh gila.. dengan kepala mcm nak meletup.. virus demam memang bagi gua nak pengsan..

yaa.. gua pengsan 1 malam tadi... macam bangsat..

"eh..dah sampai bangsar..." sebut gua sambil cepat2 buang rokok ke luar..

*********

FAKING...

kepala gua masih pening... gua nak balik tido lagi...memang rabak badan gua..

Saturday, September 11, 2010

kejut gua please...

gua tengok jam gua...

"aaah...baru kul 5 pagi... sejadah pun belum bentang.." getush hati seorang rocka sambil menyedut rokok cap kapal terbang perisa mild...

gua masih menekan2 butang kat laptop gua sambil mata gua menjerit...

"bangsat...tido la...!!"


*********

gua buat-buat tak dengar sambil tekun menaip...

tiba-tiba hp gua berdering... tertera nama IMAM SATU MASJID NEGARA.

gua reject cepat-cepat sambil tarik snowcap kat muka gua tanda tidur..


**********

"doo..doo..doo..dooo"

cilakee...bunyi alarm macam ayam..mcmana gua nak bangun..

gua basuh muka dan sarung kain pelikat..

niat gua nak sembahyang raya paling rare gua pernah sambut...

sambil keluar rumah gua bersiul-siul lagu dendang perantau...


**********

bangsat...! gua bangun kul 11.45 am.... imam masjid pun dah nyenyak makan ketupat palas cecah rendang daging....

gua tarik snowcap ke muka sambung tido....


Thursday, September 2, 2010

Masjid Negara

perayaan raya 80an.

dulu gua suka betol bila raya, gua dapat baju baru, songkok baru, kasut bercahaya yang baru, pastu gua dibangunkan pagi-pagi untuk solat hari raya.

agenda seterusnya ziarah.

mercun satu guni beras jangan cerita...

raya memang feel, walaupun bapak gua dulu cuma golongan mahrain berpendapatan rendah.

**********

raya gua sekarang?

gua belek baju tahun2 lepas.. takde koyak-koyak yang ketara..

topi mahrain gua berlambak, boleh sarung selamba raya ni..

mercun? gua dengar bunyi moto gua dah hampir serupa mercun padi..

gua seluk poket gua perlahan......

faking.. tinggal 30 ringgit?

**********

gua tarik pintu pagar perlahan-lahan..

mata gua dah nampak Imam Masjid Negara lambai-lambai kat gua raya tahun ni..



Wednesday, September 1, 2010

Tuesday, August 31, 2010

kerja gua sekarang

bila lepas berbuka gua memang malas sangat nak tekan keyboard.. rasa nak tekan pakai perut je.. gua dari dapur nak pi bilik tukar baju pun gua mengesot pelan-pelan... gila berat perut gua, padahal gua buka kueh je..

gua syak kelestrol dalam kueh gua beli lebih tinggi daripada nasi lemak bukit antarabangsa..

sampai ke bilik dalam sejam setengah perjalanan, gua duduk depan laptop besar kotak kasut gua...

oh... gua ada job la..

*********

sekarang gua kena ribut berkerja..

kalau tak sapa nak bayar hutang-hutang gua?

Bank Simpanan Nasional?

gua mengayuh otak gua sampai tahap S... S maksudnya Special.. bila sebut pasal special, mesti lain dari yang lain.. 

cuba pikir apa beza burger ayam biasa dengan burger ayam double special letak keju..

kan lain..

*********

antara kerja gua adalah update blog... hahaha...

hoh...usha blog Rainbow Project... gua kerja kat situ..

buka posa

menu berbuka puasa seorang rocka

karipap singgit
kueh sagu singgit
air katira

p/s : madefaker sape jual air katira mcm setan...gua rasa mcm minum rumpai..baik gua bancuh air teh.. bagi pahala gua hilang je bulan posa ni...


Monday, August 23, 2010

hidup seorang rocka...

hidup gua boleh di taip dengan -

  • seni
  • rokok
  • malas

gua menyedut rokok cap seludup berperisa cengkeh yang digemari oleh golongan mahrain...

 sambil menaip gua mengingat lirik-lirik perjalanan seorang rocka bernama gua...

**********

gua meneliti dompet punk gua.. penuh tebal dengan resit dan tompokan stiker di permukaan... tampak rebel dgn stiker roti gardenia...

gua buka dgn perlahan, risau orang belakang gua nampak isi didalam...

damn... ada 2 ringgit...

mata sepet ini terus menerobos seluruh kedai milik bumiputera ini...

apa yang boleh dimakan?

**********

masih punya 10 hari lagi duit elaun masuk yang mana jika dikira mengikut sempoa, gagal menampung keseluruhan hidup gua..

gua kembali ke realiti, masih berpijak di kedai runcit ini...
roti?
biskut?
maruku?
gula-gula trebor?

gua masih keliru... tuan punya kedai dah melirik semacam pada gua...

**********

gua keluar dari kedai runcit itu, kembali ke bakul motosikal berkuasa rendah gua...

cabut sebatang rokok dari bekasnya dan menyedut perlahan sambil mencari idea..

untuk perut..

damn... gua pening, ni punca gua tak makan dari pagi semalam... air teh memang takleh kenyangkan perut..

gua masuk kembali dengan hati rebel...

**********

gua kunyah dengan kuat... gua paksa kunyah sampai hadam...

terasa nikmatnya bila makanan diproses menjadi tenaga...

cukup dua tiga keping gua kunyah, plastik gua ikat kembali untuk disimpan kedalam loker untuk hidangan minggu ini...

**********

keropok ikan mentah memang sedap rupanya bila dimakan begitu sahaja...

lagipun ianya tahan lama........




BANGUN!

punk jangan malas..!!!!

p.s: quote yang indah dari jimbo

Sunday, August 22, 2010

rebel...

gua pernah di tanya seorang pemuda cilik yang berminda buku komersial...

seperti buku, penuh dengan soalan dihadapan... dan punya jawapan dibelakang....

sedang gua menyedut rokok cap kuda angkasa rusia di balkoni rumah perang...

gua disapa pemuda berkenaan, yg berpura2 nafas seperti normal....

"gua tau rokok gua bau kencing kuda...sabar la menahan bau.." getus hati gua sambil ketis abu rokok yang berjelaga di hati...

"Punk itu apa..?" tanya pemuda itu perlahan, tanpa salam...

gua sedut rokok dalam-dalam...

kedalam jasad gua....

**********

gua senyum tipis..

"punk itu idea..." balas gua sopan sambil mata berputar  mau menyusun lirik-lirik yang akan keluar dari lidah gua seterusnya... ya, keluar dari lidah...

pemuda yang berkaca mata itu masih menunggu bait-bait perkataan yang akan keluar...

sedikit menganga..

**********

"dan idea untuk dikemukakan, bukan disorok dalam tanah lapisan ketujuh.." sambung gua lagi...

pemuda tu dalam mode tak faham... gua mengerti...

gua segera mengeluarkan sebatang rokok yang masih berperisa sama, membakarnya, dan menyedut perlahan sambil memandang siling balkoni..

oh...bersawang lagi...

dengan perlahan gua bersuara kembali.. kali ini lebih jitu ayatnya..

dan sedikit parau...

**********

"kalau kau mengikut membuta tuli, kau layak berada di kandang untuk disuap, dilapkan kencingnya, dihiburkan hatinya...tapi jika kau punya idea dan bersuara demi idea itu, kau adalah punk..."

"walaupun kau hanya memakai kain pelikat dan t-shirt pagoda.." 

**********

suasana di balkoni sunyi sepi... pemuda tadi telah lama masuk kedalam rumah...

gua masih menyedut rokok berbau kencing kuda..




Friday, August 6, 2010

menikmati sarapan

gua baru je bangun tido kat surau...

badan sakit tak usah cerita la...memang rabak...tidur atas simen beralaskan tangan.... boleh bertemu rusuk...

tapi gua tetap steady sambil menyedut rokok cap gordon berperisa pelepah kurma... gua layan...

gua tgk jam berat gua disebelah tangan kiri...

damn...dah hari sabtu ye...

gua mengosok-gosok buang taik mata dan mengemaskan rambut ala2 artis indie...

ok...siap...gua start kenderaan pi makan...

**********

sambil menyedut udara...gua ligat berfikir nak makan apa pagi ni...hmmmm...

gua petik tangan..

pling...esso depan mata terpapar... gua dengan perlahan tarik handbrake berputar meluru ke kaunter esso sebelah kiri gua...

"celcom seploh satu" minta gua dengan nada sedikit keras macam baru balik wall street...

awek kaunter tu bagi dengan tangan kiri topup gua...

**********

rasa susu strawberi memang berbeza sedikit kalau lu terlupa gosok gigi...

memang lain...

ahhh...bedal la...


***********

gua capai skate, terus main....

Friday, July 16, 2010

yeah...ini baru dunia..

gua sedut rokok bertalu-talu....

sedap betul kena masa hujan ni... asap tu nampak real... gua tengah bayangkan paru-paru selalu buat overtime time cengini.. seronok betul seksa paru-paru gua...

sambil gua menyedut enak, gua menekan papan kekunci gua dengan keras... gua memang suka papan kekunci macam ni... 

laptop gua...? sekali tekan 400 abjad tak munasabah yang keluar... macam haram...

gua sedut rokok lagi...

**********

gua lama tak belek surat khabar.. last gua baca masa beli nasi lemak kat bangsar minggu lepas.. tu pun gua tak tau surat khabar bila... yang gua tau gua baca pasal ada luna maya dan cut tari... 

gua tengok minyak naik, gula naik, labi-labi naik hari ini...

gua lipat suratkahabar...gua bakar hujung..

gua cuba sedut macam rokok...

**********

damn..!! rasa sama la...

gua nak benti beli rokok..gua isap surat khabar je...






Sunday, May 23, 2010

cendol apa malam-malam

gua berjalan ke tepi.. memberi laluan kepada kerbau berlari menuju ke tempat kerja...

gua rasa gampang..

rasa nak kena cendol plak.. aahh.. apa salah gua kalau nak perkena cendol jam 4-5 pagi.. 

sejuk?

aahh..habis tu makan tomyam pedas tengahari buta apehal.. gua tepis perasaan gusar gua ketepi..

**********

gua hidupkan enjin kereta sport agung gua.. dengan rim kaler coklat berdebu dan tinted dewa-dewa, gua menyusuri jalan di ibukota..

**********

cari cendol memang thrill.. selain dari gerai masa semyang jumaat, gua tak tau kedai mana yang tauke dia ada cop "CENDOI DIJUAL..SEDAP" kat dahi... lagi2 jam 4 - 5 pagi ni...

aahh... itu semua alasan sang luncai..

gua tetap mencari...

**********

cendol yang selalu gua tengok dan rasa semua mamak yang jual, tapi gua sangat la jarang tengok mamak perkena cendol ramai-ramai macam orang lain makan..

macam gua makan..

aahh... buat pe persoalan bangsa wujud kat sini.. yang gua tau mamak jual cendoi.. gua agak restoran mamak jual cendol..

*********

setelah penat gua berpusing di ibukota waktu berembun ini, gua sampai satu restoran mamak muslim.. tatu kat tangan dan bahu pelayan restoran itu gua buat2 tak nampak.. 

aahh.. gua tak nampak pun ada penguat kuasa agama dan majlis kat sini..

" bagi gua cendol satu.. " order gua laju..
"wokeh.." jawab pelayan tangan bertatu itu dengan pendek..

*********

gua tersenyum girang.. memang luck gua pagi ni.. tak sangka restoran mamak ni ada jual cendol...

gua mesti mark restoran ni..

aaahh.. tangan bertatu pun bertatu la...

**********

gua bakar rokok sebatang.. rasa tak sabar pulak gua nak hirup cendol..
tekak rasa kering jer..

aaahh...pergi mati la tangan bertatu tu...

**********

"okeh bos..sudah siap.." ujar pelayan itu sambil meletakkan semangkuk cendol di hadapan gua..

gua senyum sambil menunjukkan isyarat bagus pada mamak yang layan gua ni..

dia pun balas dengan isyarat bagus juga..

aahhhh... kan gua cakap, tangan bertatu tu gua buat tak nampak jer...

gua hirup cendol perlahan-lahan..
*********

gua jerit kuat-kuat...
" MAMAK!!! " 

gua perhati muka semua mamak kat situ sorang sorang..
urat kepala gua dah mula naik timbul..

cendol gua dah terasa panas...

*********

" lu tengok ni..!!!!" tunjuk gua ke arah mangkuk cendol itu...

mamak-mamak rapat ke meja gua perlahan-lahan tanda takut..
peluh gua tengok sorang2 mula berjurai-jurai..

aaahhh... tangan yang bertatu tu gua sepak dulu kalau gua tak dapat penjelasan mutlak dari mereka..

"kenapa bos........." tanya seorang mamak di antara mamak yang berada dihadapan gua.. gua syak dia ketua mamak kat situ..

sempat jugak gua jeling tangan dia kot-kot ada tatu ke tak..

**********

sekarang lu tengok kat mangkuk ni.. apa yang lu nampak.?" tanya gua dengan nada tempo tinggi... garang tahap kuda..

...............
...............
...............
...............
...............

semua membisu.. cis...gua tenung muka mereka dalam-dalam..

" saya nampak ada cendol dan sudu dalam mangkuk bang..." mamak yang tangan bertatu mula bersuara...

gua tersenyum tawar..

gua letakkan kembali mangkuk cendol tu..

gua berdiri atas meja...

***********

" lu silap..!!!! itu bukan sudu laaa.... itu garfu..... macamana gua nak hirup cendol macam ni.!!!! " jerit gua sambil melakukan tendangan balik kuang ke dada mamak2 dihadapan gua..

yang tangan bertatu tu gua bagi tendang kuat sikit...

rasa nak lambung je cendol ni tinggi-tinggi......



Saturday, May 22, 2010

ayeng-meng kisah 2

tony menghalakan mercun sebesar betis ke muka tok aji tersebut... 

"hah..!! mu tengok..ni kalu tak power, kawe masuk mercun ni dalam poket mu..ndak...?" jerkah tony dengan sedikit amarah.. pantang beliau jika mercunnya diperlekeh-lekehkan..

tok aji yang kerek tadi tertunduk malu.. takut pun ader kalu letup kat poket.. yela.. poket bajunya cuma satu je.. tu pun kat celah seluar.. kalu meletup kaw kaw nanti balik rumah, nak jawab ape kat mak aji... 

tony dengan garangnya terus membakar mercun tersebut.. dicampakkannya mercun itu ke dahi khadam dibelakangnya..

POW!!

letupan sekuat 7 skala ritcher kedengaran..

khadam yang sempurna jasadnya tadi kini hancur bertebaran... lekat sedikit darah hanyir di muka tony..

"haaaaaa... ni baru besar betis.. mu nak tengok besar keretapi..?" ujar tony sambil mengesat mukanya dengan serban tok aji..

 semua orang di situ mengelengkan kepala ketakutan..

tony tersenyum puas...

********** 

 tony bersiul riang.. order sebanyak 600 juta mercun didalam tangannya.. memang kaya tahap syaitan.. 

 "dahaga pulok doh.." ujar tony sambil mengusap2 sikunya..

"bagi kawe air jambu sa..ais tak nak deh.." pesan  tony kepada makcik yang berjaja de tepi jalan..

makcik itu tersenyum sinis..

"ape senyum2..? letup dahi tu baru tau.." 

dengan perlahan makcik itu mengeluarkan shotgun 6 kaki menghala ke muka tony..

peluh jantan dia mula keluar..

pow !!!

terasa kepalanya dipukul... tony rebah di hadapan makcik rebel itu..


bersambung.... 



ayeng-meng kisah 1

Tony anak Bulan seorang penyeludup mercun berskala besar..

setakat seludup mercun 4 kati dalam beg sekolah anak, itu bukan mainan bagi beliau.. bisnes Tony adalah seludup pakai sebesar kontena.. baru amerika kata Tony sambil mencungkil gigi di bulan puasa.. tony memang gagah..

beliau siap ada mercun nama sendiri..

"TONY SI BUNGA API"

mercun keluarannya tiada tandingannya..

setakat mercun letup 2-3 minit pastu sebu, baik buang mercun tu dalam reban, kumpul duit sekolah sikit dalam 4-5 ribu beli mercun TONY SI BUNGA API.. baru grand.. dengar khabar, pejuang columbia pernah order 4 lori untuk sambutan Hari Pekerja..

tapi kini tony mula menumnpukan bisnesnya di tanah air..

beliau kembali ke malaysia..

**********

hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..

seteelah puas tony menyeludup di negara orang.. kini beliau kembali bertapak di negara sendiri.. 

tujuannya cuma satu.. menjadikan tanah airnya sebagai hub penyeludupan mercun terbesar di dunia.. tony mula terbayang-bayang anugerah datuk yang bakal diterima kalau bisnesnya menjadi..

**********

"kawe janji mercun kawe ni yang terbaik..letup tak hinggat.." jelas tony kepada para pelabur di satu tempat rahsia dikelilingi ladang tembakau..

"kalu power test sepam ah.." ujar lelaki berserban itu dicelah antara para2 pelabur tersebut sambil menepuk2 bahu dan badannya tanda nyamuk banyak..

"cis... mu memeng tak sayang paru-paru ye tok aji..berani mu cabar kawe punya mercun..." bentak tony dengan nada tempo yang tinggi..

"khadaaaamm...!!" jerit tony ke udara..

***********

muncul dari semak-samun itu dua ketul tubuh berbaju kebaya.. 

"kasi show ini uncle kita punya mercun..!!" arah tony kepada dua khadam berwajah cantik itu..

"orait sayang.." balas khadam2 itu dengan sopan..

khadam2 itu mengeluarkan sejumlah mercun yang banyak dari baju kebaya yang dipakai mereka itu..

para pelabur semua terkesima...

bagaikan tak percaya..

rupanya khadam2 itu lelaki...

gampang... 



bersambung.... 


Monday, May 10, 2010

pulang dari cuti...

gua kembali....

ternyata cuti panjang sebenarnya adalah istilah poyo..

masalah bukan hilang pun kalau lu bercuti 40 tahun  pun..

gua kan kamen rider....

Thursday, April 22, 2010

kejar masa

gua terkejar-kejar masa hari ini...

pergi sana, pergi sini...

tapi gua tetap gembira...

sebab gua kejar masa....

Sunday, April 18, 2010

cerita dulu-dulu 2

tahun 2003


sedang gua melepak di sofa rumah sewa gua yang mula melendut sampai ke lantai sambil menonton dvd sukan lompat-lompat, kawan serumah gua Hanes a.k.a Sang Yet mengaduh sakit kepala.. binawe betul.. ganggu tumpuan betul la.. 

tapi demi kawan-kawan gua yang gua amat sayangi setiap hujung bulan, gua gagahkan diri ke bilik beliau.. kesian pula gua tengok.. terbaring je.. dah la rupa macam Bob Marley...

lu cuba bayangkan bob Marley sakit kepala.. rasa nak pijak pun ada..hahahaha

dengan nada mulia gua bertanya..

"pehal ni Yet..terjerit-jerit cakap sakit kepala....lu nak demam ke..?"

"ntah la..sakit kepala sangat ni..berdenyut-denyut rasanya..macam nak pecah.. ko tengok kepala aku ni.." jawab Sang Yet sambil menunjuk urat-urat kepalanya yang timbul tu..
tiba-tiba gua rasa hiba..........

rasa simpati sangat kat kawan gua ni.......

gua rasa kepala dia betul-betul sakit........

**********

" gua takde ubat la bro... gua jarang telan panadol... gua memang jarang beli ubat.. " explain gua.. sambil mata gua perhati sekeliling mana tau ada terselit sebiji dua panadol.. boleh ringan sikit kepala kawan gua ni.. 

Sang Yet diam sambil memicit-micit kepala...

"sabar bro.. gua pi cari..mana kot ada.." jawab gua lagi bagi menenangkan hati lara kawan gua ni..

sedang gua berusaha mencari celah-celah sofa.. kebetulan kawan gua sekor lagi yang duk serumah baru balik dari farmasi...

oh..lupa gua nak bagitau.. nama dia fauzi..

kerja pembantu pegawai farmasi dekat bandar...

**********

fauzi ni dah dekat 3 tahun kerja farmasi.. gua syak mesti dah macam2 orang p farmasi dia pi amik ubat.. kira segala penyakit dan ubat dalam tangan dia la.. dia pun gua tengok dah rupa macam doktor.. 

cuma takder tauliah je..

gua dengan penuh serius panggil si fauzi ni tolong tengokkan kawan yang terlantar sakit ni.. mana tau Sang Yet kena penyakit yang gua tak tau yang mana boleh membawa maut ke.. gua pun risau gak...

" Fauzi.. lu cuba tengok yet ni.. gua risau la.. lain macam je.."

kawan gua yang bernama fauzi ni dengan bersahaja rapat ke katil Sang Yet baring.. gua tiba-tiba teringat Doktor Ismadi dalam citer P.Ramlee...

pergh....penuh dengan gaya doktor beb....

kepala Sang Yet dipegangnya.. dibelek-belek perlahan..

gua rasa suspen..

**********

Sang Yet tetap disitu..sambil mulutnya mengaduh perlahan..

"hmmm..." Fauzi mendengus..

" sakit ke?" tanya fauzi pendek..

"sakit.." jawab Sang Yet sambil memicit-micit kepalanya..lagi...

.................
.................
.................

" sebab ada kepala la, tu yang sakit..cuba takde kepala..mesti tak sakitkan.." balas fauzi selamba sambil ambil tuala dan terus masuk ke bilik air...

Gampang............


gua rasa nak terajang je bila dengar jawapan tu.. bernas sungguh..


Sunday, April 11, 2010

sakit la...

kepala bengkak...

lengan rabak..

tangan twist..

badan sengal-sengal macam nak kena penendang...

gua nak rehat la kejap..

Friday, April 9, 2010

cita-cita

gua bercita-cita jadi seorang software engineering yang berjaya..

ataupun bukak syarikat jalur lebar paling murah dan hebat..

dan memiliki O.S gua sendiri..

paling koman pun gua nak ada kedai cyber cafe sampai 6 cawangan..

memang sesuai cita-cita dengan kelulusan yang gua ada sekarang...

**********

cilakak..! macamana gua nak tukar layout blog gua ni...

 ada sapa-sapa boleh ajar gua...

tiba-tiba gua lupa...hahahahahahahhahhaa

Thursday, April 8, 2010

cerita dulu-dulu

gua cuba nak berdikari sikit...

sampai gua ke tapak permainan gua.. gua memulakan langkah melompat-melompat..  

petang hari yang gua rasa cukup best.. semua tipu helah gua berjaya gua land kan... gua rasa macam Mark Gonzales atau Jim Greco sudah rasuk jiwa gua... permainan itu gua tamatkan setelah 2 jam lebih gua berpeluh-peluh... gua mengemas barang-barang gua untuk pulang... dalam fikiran gua sekarang nak berendam sampai kecut....

satu persatu barang gua masuk dalam beg...

eh..mana kunci moto gua....?!

**********

 " samad... kunci motor gua hilang sial..... tolong datang cari woi... dah makin gelap ni... gua dah rabak tak nampak.."

dengan segera samad dan rerakan datang berduyun ke tapak permainan gua.. kebetulan diorang baru abis bermain bola.. bagus jugak datang reramai.. cepat sikit jumpa kunci motor gua...

gua dah buntu... gampang betul...

*********

setiap inci kami belek, bukak, terbalik....

tak jumpa jugak...

beg gua dah 16 kali gua bukak tutup...gua tabur balik atas simen.. gua belek satu-satu..mana tau kot-kot kunci gua mengecil ke sampai gua tak nampak...

**********

gua dah mula berang....

telinga gua mula merah membara...

beg yang gua check berbelas-belas kali rasa nak hempas je...

tiba-tiba gua dicuit dari belakang... babi!! gua tengah panas hati ni ada pulak cuit2 macam nak cari gaduh... rase nak pusing bagi penendang je..

"weh.. aku nak tanya sikit la.." mamat mata kuyu tu tanya dengan bersahaja....

gua pandang tajam muka mamat tu dalam-dalam.. silap tanya memang gua bagi penendang kat dada..

"ko datang sini naik ape.........?"

gua terdiam berfikir sesuatu..tiba-tiba waktu bagai terhenti.....

**********

" Bangsat...!!!!! lainkali kalau datang jalan kaki, buat cara jalan kaki................babbi...!!!" jerit samad sambil terajang badan gua bertalu-talu....

mana gua ingat beb... 

gua cuma nak berdikari je masa datang tadi..




notalembu : gua sumpah tak nak poyo jalan kaki konon berdikari la nak jadi sihat la.. gua serik!

rakyat kena minum..

mata gua rabak macam tunggu penyepak....

dengan tak semena gua order kopi.....

**********

orang lama cakap minum kopi tak mengantuk...

iklan masa cuti perayaan pun macam paksa gua minum kopi untuk balik kampung...menteri pun tungang langgang suruh rakyat minum... selamat katanya...

gua terpengaruh..

**********

sambil menunggu seorang kawan yang buat-buat merajuk bila gua call..gua meneguk perlahan-lahan demi menghidupkan kembali minda gua yang mula tertutup...

konon tak nak bagi gua mengantuk...
cilakak..!! mana kawan gua ni...

**********

sambil gua meneguk cawan kecil ni, gua membelek isi kandungan air hitam pekat ini..sempat jugak gua baca ayat2 menggoda kat cawan ni..

"dear coffee addicts.. this coffee made from 100% Arabica beans and medium roasted, its smooth, aromatic flavor better than fucking Kopi 434 Muar Johor...

gua pun teguk....

**********

gampang!!!

mata gua makin rabak... mengantuk gila babeng...!

penipu punya kopi...

pasni kalau gua balik kampung gua nak minum horlick!!





Sunday, April 4, 2010

anda sibuk macam bangla?

gua bukan racist gendang gendut macam white power, malay power atau kacak power..

walaupun gua hampir terpengaruh dengan ideologi kacak power tersebut..

argh... bukan persoalan bangsa tajuk gua..

**********

gua kerja, bangla pun kerja...

gua makan, bangla pun gua tengok ada tapau makan..

gua mandi, bangla pun pasti mandi walaupun gua tak pernah tengok..

gua tidur dan bangla juga sedemikian...

..................
..................
..................

gua sibuk kerja direct 3 minggu berturut-turut....

**********

bangla pun cuti woi ujung minggu!!!

cilakah!!



Saturday, March 13, 2010

LA LA LA....

hujung minggu gua sungguh aktif..

gua suka...

***********

gua bangun pagi..

start kereta...

bayar tol...

gua masih suka...

**********

gua makan nasi lemak sebungkus lapan ringgit..

teh o manis gula sekampit...

awek jaga kaunter cun tahap 'rabbit'...

gua masih lagi suka...

**********

gua jatuh lepas lompat-lompat..

kulit terbakar kena panas terik mentari..

jalan sesak di pusat bandaraya...

gua masih lagi lagi suka...

**********

mata rabak...

kepala mengantuk gila..

badan gua penat nak mampus...

rusuk rasa sakit...

gua masih ada lagi suka..

**********

eh...mana kunci rumah gua?

**********

gampang...!!!!!madafaka.....!!! macamana gua nak masuk rumah ni...?! f@*&^%$!!!

ni yang buat gua menyampah ni... mana gua letak kunci td..

apa......??!! memang gua tak suka...!!!!


notalembu : gua tido kat surau petronas..kacak tak gua.. gua memang "suka"!!


Wednesday, March 3, 2010

surat rasmi kepada ketua kampung

ketua kampung balakong,
balakong timur,
balakong, 
selangor d.e

tuan/puan/makcik/pakcik.

LUAHAN PERASAAN SEORANG PENDUDUK YANG JARANG DI RUMAH.

      dengan hormat, izinkan jika perlu saya merujuk perkara diatas walaupun tiada kaitan.

saya seorang penduduk yang agak baik hati, walaupun jarang ada dirumah, tetapi gosip-gosip jiran tetangga amat saya ambil berat demi mengeratkan silaturahim sesama jiran tetangga terutama yang ada anak dara yang solehah. 

2.   saya memiliki sebuah kenderaan berat yang boleh membunuh mat rempit yang sering menunggang secara membabi buta di hadapan rumah saya. memang kurang hajar bila time petang ataupun malam. walaupun saya syak anak pakcik/makcik pun terlibat sama dalam gejala sengal ni, sy berharap kemurahan pakcik/makcik selaku ketua kampung supaya dapat menyediakan litar lumba secukupnya untuk anak-anak muda ini, lagipun sy pasti duit projek2 tergendala yang masih ada di dalam akaun pakcik/makcik. kehebatan mereka jangan dipandang enteng, walaupun menggunakan motosikal milik bapak, kehebatan menunggang dengan berdiri diatas motor waktu budak sekolah pulang ke rumah memang patut kita banggakan. bakat semulajadi mereka harus digilap sebelum mereka melangkah ke alam kubur.

3.   kejadian pecah rumah memang menjadi-jadi. saya tidak menyalahkan penduduk kerana mereka lebih gemar menghabiskan duit mengundi peserta akademi fantasia daripada mengeluarkan duit untuk keselamatan taman. saya pun malas nak keluarkan duit untuk sama mengupah pengawal keselamatan yang sering ponteng kerja-balik rumah-tidur-bangun buat pura2 rajin.. jadi saya menyarankan supaya pakcik/makcik mengusulkan kepada kepada wakil rakyat kita yang tersayang supaya meletakkan seorang dua anggota tentera lengkap dengan m-16 dan bom tangan pada setiap rumah setiap masa. saya yakin masalah pecah rumah akan berkurangan. cuma risau anak-anak dara sebaris dengan rumah saya.. 

4.   semalam saya ada mengunjungi (betul ke perkataan ini?) ke rumah tuhan agama sy. kebetulan kita mempunyai agama yang sama yaa pakcik/makcik.. mungkin pakcik/makcik pernah datang masa raya haji lepas untuk sama2 merasa daging kurban. tapi bukan itu masalahnya yang menimpa. tapi apa yang saya perasan, karpet yang digunakan agak keras, kalu budak2 berlari jatuh atas karpet, boleh koyak bahu.. sempat juga sy melihat tarikh pembelian di bawah karpet, seingat saya bulan jun tahun 84.. memang klasik.. tok siak yang ada disitu pun dah makin senja, pohon sy cuma satu pada pakcik/makcik, buat peraduan mencari tok siak. kira macam one in a million ke, top host ke, daripada buat pertandingan karaoke yang bukan-bukan yang sumpah bukan sedap pun suara makcik/pakcik, yang datang pun sebab nak jaga air muka je..

5.   makcik/pakcik yang sy hormati, kehebatan makcik/pakcik dalam menerajui kampung ini amat sy hargai, lebih-lebih lagi pada waktu meminta upah masa nak mintak tandatangan makcik/pakcik sebagai ketua kampung. macam gampang.. sy student la, bukan pemilik stesen pam minyak.. agak-agak la, nasib baik datang dengan bapak, kalu tak memang saya lutut muka makcik/pakcik..

6.   ok la pakcik/makcik.. memang senang nak cari kesalahan.. tapi tujuan sy bukan nak mencari kesalahan orang tua tak sedar diri.. tapi tujuan saya ikhlas, memperbaiki diri dan diri pakcik/makcik sebelum di seksa di alam barzah.. sy pun bukan baik sangat, rambut pun jarang sikat, baju batik beli 5 tahun sekali..

alamak..saya dah panjang sangat menulis ni.. harap makcik/pakcik tidak terasa hati.. sy pun dah lama dalam cyber cafe ni.. bau rokok tak usah kira, macam setan.. tu belum kira orang main judi lagi dalam ni..ok la makcik/pakcik.. sy mengundur diri dulu sebelum ada hati yang terluka. mohon supaya cadangan bernas ini dipertimbangan sewajarnya. terima pant (pantun) daripada saya sebelum pulang kerumah.

"pulau..er..er..pulau ape ye yang kat tengah?,
gunung baeekkkkkk bercabang tiga,
hancur badan merempit langgar lori tanah,
pakcik budi bin tonoh dikenang jua...

sekian terima kasih.


 .......................................
(KAMEN RIDER)
ketua gengster berkuku panjang.