“ kamu bekerja untuk siapa?” lelaki berpakaian lengkap uniform tentera bersuara.
Perlahan tetapi keras.
bilik yang hanya disinari dengan lampu mentol malap itu itu menghadkan penglihatan aku. Bilik seluas 4x4 kaki itu berbau hancing dan busuk.
Mungkin tentera golka menjadikan bilik ini sebagai tandas agaknya.
Kalau begitu,tandas mereka lebih besar dari bilik asrama aku waktu sekolah dulu.
Beruntunglah mereka.
**********
BUUUKK!!
Satu tinju dilepaskan ke muka aku.
Darah merah panas mengalir laju dari hidung dan mulut. Menitik membasahi lantai.
Bangsat.
Kalau berani lepaskan ikatan di badan aku. Ini gaya pengecut.
Aah..kepalaku berpinar-pinar. Sesekali bayangan lisa surihani melintasi kepala otakku yang pening.
Tapi aku masih belum mau pengsan.
Bangsat.
**********
Pintu bilik itu dikuak.
Dari mata ku yang separuh kuyu, Kelihatan seorang lelaki masuk kedalam.
Kini dah bertambah menjadi 3 orang disini termasuk aku.
Oh. Dia nak tumpang kencing ke kat sini?
Cilaka.
time-time aku kena ikat sini ada pula nak tumpang kencing.
Binawe betul..
“ Achong Chopper, the third man in Papi Richard. The special elite force in Malaysia. The very-very special team in Malaysia…..hmmm…what are you doing right here my lieutenant achong chopper..?” ujar lelaki yang baru masuk itu sambil merapatkan mukanya dan memegang daguku.
Dan ditamparnya beberapa kali.
Cilaka.
Kena tumbuk lagi karang hidung aku ni.
**********
“hei..bangun..!!” jerit seorang pemuda.
Aku mengosok-gosokkan mata. Badan terasa amat sakit sekali. Tapi aku gagahkan jua.
Dah aku kena suruh bangun.
“nah..makan!” lelaki itu menyorong bekas berisi makanan. Agak kasar. Kalau kat kedai makan dah lama makan sudu dan garfu mamat ni.
Tapi sekarang kat sel penjara. Aku lupakan apa yang aku fikir tadi.
“sos takde ke bang..?” aku bertanya dalam cubaan berbuat-buat mesra.
Mana tau esok dapat makan ayam tandoori pula.
“apa kau ingat ini mc Donald drive-thru?” jerkah lelaki garang itu. Misai ala-ala ikan keli.
Sikit pun tak takut.
***********
Aku tengok makanan aku.
Bawang. Roti. Kuah sup.
Aku tengok sel orang sebelah. Mamat berjambang tu sedang menjilat-jilat jari.
Aku tengok makanan dia.
Cilakak!
Nasi beriani. Ayam rempah. Roti jala.
Aku minta sos je pun kena jerit. ni pula mamat sebelah sel aku boleh dapat makanan bukan main best lagi macam kat restoran pelita ape cerita. Dada aku tiba-tiba membara.
“biasa la tu. Aku pun mula-mula makan bawang dengan roti juga macam kau brader.. dah lama sikit baru la dapat menu sedap sikit..” lelaki berjambang itu berkata seolah-olah tahu apa yang aku fikirkan tadi.
“hoh..kau dah brapa lama?” Tanya aku seperti berminat.
“tak lama, baru masuk 17 tahun…”
Cilakak betul.
**********
“dah berapa lama aku pengsan..?” Tanya aku pada lelaki jiran sel sebelah ini sambil mulutku mengunyah bawang merah sebesar bola lisut ini.
“dua hari.” Jawabnya pendek.
Aku mengangguk beberapa kali sambil cuba mengingat apa yang terjadi.
…………
…………
………..
Aku gagal. Sedikit pun aku tak ingat.
Lantai batu yang sejuk itu aku baring perlahan-lahan dengan alas kertas surat khabar.
Sambil mata memandang siling dan tangan yang kasar menjadi tungku kepala.
Otak kosong menerawang.
Dan mata terpejam perlahan-lahan meninggalkan jasad di dalam sel yang sempit ini.
**********
“Psstt..psstt..”
Aku macam terdengar sesuatu.
“hei..sini la..sini..” suara perlahan itu memanggil lagi.
Aku menoleh keluar sel. Kelihatan sesusuk tubuh berjubah hitam di luar sedang melambai-lambai tangan padaku.
Malaikat maut ke tu?
Aku dengan berhati-hati merapati ke pintu jeriji besi.
“nah..ambil ni…” orang berjubah hitam mengeluarkan sesuatu seperti briefcase dari bajunya itu.
“ehh…apa benda ni semu……”
“ssyyyyytt..diam.. ambil dan buka bila ada masa.” Potong orang berjubah hitam itu. Dan kemudian menghilangkan diri dalam kegelapan lorong sel jeriji besi.
Aku ada sedikit terkesima.
Perutku dicubit beberapa kali.
Aku tak bermimpi.
**********
Dengan tertib aku membuka briefcase ini. Sambil mataku meliar memandang kiri dan kanan.
KLIKK!
Beg itu dibuka.
Aku sedikit terkejut.
Terdapat satu persalinan uniform tentera. Satu Pistol jenis Walter dengan 2 magazin penuh peluru. Satu kad pas lawatan. Sepasang kunci. Satu botol kecil Dettol dan 2 buah buku komik Sin Chan volume 3 dan 4 edisi merdeka raya.
Aku tak tau pula komik sin chan ada keluar edisi merdeka raya.
Cis. Memang aku dah lama ketinggalan rupanya.
Terima kasih wahai manusia berjubah hitam!
**********
PANNNGG!!!
“cakap cepat..!! kemana dia pergi…!!!”
Mamat berjambang itu dicekik keras oleh tentera bermisai ikan keli itu. Ditamparnya beberapa kali.
Kuat dan padu.
Dengan menggigil ketakutan mamat berjambang itu menjawab “ sa..sa..saya tak tau tu..tu..tuan..bangun nak pergi kencing, ti..ti..tiba-tiba sedar dah hilang lelaki tu..ma..ma..maaf tuan..memang saya tak tau..!”
“binatang..macamana boleh terlepas?! Pengawal. Lekas beritahu semua bahawa tebusan kita berjaya melarikan diri. Kunci semua pintu keluar masuk. Sekarang!!” arah tentera bermisai ikan keli sambil menumbuk ke dinding menahan amarahnya.
Siren kecemasan dibunyikan.
Berpusu-pusu tentera bergegas ke tempatnya.
**********
Aku mengambil kesempatan hiruk pikuk ini dengan cuba melarikan diri. Dengan persalinan tentera ini memudahkan lagi penyusupan aku untuk keluar dari tempat yang busuk ini.
Ya, sangat busuk.
Bukan setakat cleaner, tong sampah pun jarang aku tengok. Macamana la diorang ni. Ntah-ntah lepas buang air pun tak flush agaknya..Ahhh.lupakan perkara ni.
“hei..nak kemana tu..?!”
Gampang..siapa pula panggil aku ni..…
Pistol disisi pinggangku dicekah perlahan-lahan.
**********
Aku menoleh ke belakang.
“hei..itu jalan pergi bilik ketua la.. jalan pergi pusat kawalan ikut sini..”
“oh..yeke..lupa pula.ha ha ha.” Jawab aku sambil mengaru kepala yang tak gatal.
Dan ketawa yang tak ikhlas langsung.
Tentera itu tiba-tiba berubah wajah. Mukanya dikerutkan.
Cilakak.
Dia dah perasan ke. Peluh aku mula menitik. Kalau kantoi kena tangkap memang kaw-kaw aku kena tumbuk pasni.
Tentera itu merapati perlahan.
Jantung aku. Dub-dab.dub-dab. Laju macam F1.
“macam aku kenal la….” Kata tentera itu sambil tak henti2 berkerut.
Fuck!!
memang habis ni..memang habis la aku kali ni..!
**********
“amir kan ni..? ni budin la..tak kenal ke..” ujar tentera itu sambil menguntumkan senyuman.
Sambil tangannya memeluk bahuku.
“budin..?” balasku sambil mengingat-gingat sesuatu.
“alaa..budin anak bustamam la.. ingat tak masa taun 1994 kita pernah pecah masuk surau curi P.A system pastu jual kat pasar malam..ala, tak kan dah lupa hal-hal macam tu kot..kita geng rapat dulu..” beritahu tentera bermuka petak itu sambil menepuk-nepuk bahu.
“ooohhh..ingat.ingat.. ni anak bustaman yang nombor dua yea..ingat..mana boleh tak ingat…anak ni la yang….”
BUUUKKKK!!!
Satu penumbuk aku lepaskan ke muka tentera itu.
Padat dan padu.
Bagi pengsan.
Apa gila waktu hiruk pikuk macam ni nak buat jejak kasih pulak. Budin la, bustamam la. Mana aku ingat semua tu. Geng curik pecah masuk surau pulak tu. Haram betul.
Tentera bermuka petak itu aku seret masuk ke dalam bilik ketua.
Besar betul bilik ketua.
Wangi pulak tu.
Tiba-tiba langkah aku terhenti.
Kaget.
Cilakak…. Baru sekarang aku teringat macamana aku boleh ada kat sini..
Shit!!
Rupa-rupanya……..
**********
Susuk ketua itu amat aku kenali. Lenggoknya memang aku pahami.
Aku teliti wajahnya.
Cilakaaaaaaaa….
Aku jerit sekuat-kuatnya dalam hati…
Kekuda kaki ku mulai longlai. Tenaga aku bagai hilang.
Lisa surihani dihadapan ku.
Baru aku mengerti sekarang.
Tugas aku disini adalah menghapuskan ketua tentera Golka Jelebu.
Iaitu lisa surihani.
**********
Dia tersenyum.
Kemudian dia dengan perlahan merapati aku.
Gampang betul la.
Apehal aku kaku je ni..
“achong chopper…”
Manjanya nada dia… arghhh..
“awak sangat hebat. Nama awak cukup terkenal dikalangan kami. Kenapa awak tak berjuang sahaja demi golka..?”
Aku masih lagi kelu.
“awak boleh dapat segalanya tau…” sambung manja lisa surihani lagi sambil jari telunjuknya bermain di bahu aku.
Cilakaaaa…
Otak aku mula keliru..
Pilih Negara atau lisa surihani..
Damn…!
**********
Aku menarik nafas panjang.
“sayang..” tetiba perkataan itu keluar dari mulut aku..
“saya seorang anggota unit khas, berjuang demi keselamatan Negara..” aku cuba menyusun ayat.
Supaya gadis comel ini mengerti.
Matanya aku tatap.
“jadi…saya tetap berjuang demi……”
POWWWWWW!!!!!
Letupan kuat kedengaran…..
***********
Darah membasahi muka ku.
Lisa surihani yang ku tatap tadi sudah tiada.
Wajah yang comel itu hancur.
Pecah dgn hamburan peluru.
Bangsat….!!!!!!!
**********
“woi…ape bangsat bangsat…!?”
Aku kenal suara tu..
Cilaka.. boba dey tersenyum memandang aku.
“weh…bagi la aku ayat habis dulu…yang ko pegi tembak dulu apehal…..???” getus aku tanda tak puas hati..
“dah..dah..dah..tugas kita dah selesai…mari balik…” sampuk Yean Rabu.
Aku menatap tubuh kaku lisa surihani.
“maafkan aku sayang..aku tak dapat menyelamatkan kamu…” bisik hati aku perlahan..
Helicopter milik kami terbang tinggi meninggalkan pengkalan tentera golka dengan seribu persoalan.
…………
………..
……….
Siapakah yang berjubah hitam itu ya….?
No comments:
Post a Comment
suara