Tuesday, December 29, 2009

keindahan itu seni, seni itu cantik, cantik itu subjektif.

bila orang kebanyakan seperti saya berbicara tentang seni, ianya lebih menjurus samada berbentuk hiburan pentas, catan-catan seni di atas kanvas, atau baris-baris madah puisi.. dan seni ini biasanya dimiliki oleh insan-insan yang kreatif.

**********

menulis adalah satu cabang kegemaran saya. kegagalan untuk cemerlang dalam pemahaman dan penulisan bahasa melayu dalam pengajian sijil pelajaran malaysia sedikit pun tak menghalang saya untuk meneruskan minat ini. kerana pada pengamatan saya, menulis adalah salah satu medium berbicara. untuk berbicara tidak seharusnya dibatasi oleh peraturan-peraturan 'orang bahasa', selagi isinya dan matlamat bicaranya sampai di minda orang lain walau jelik macamana pun untuk menelan baris-baris tintanya..

**********

saya tidak mempunyai minda yang seni.. tidak mampu mengekpresi sebuah karya dengan sebaiknya. atau dengan ayat lebih mudah, saya seorang buta seni. pada pemikiran kosong saya, seni yang indah ialah seni yang mampu memberi perasaan takjub dan sampai impaknya kepada orang kebanyakan seperti saya. dan itulah hasil seni yang betul-betul terbaik dan bukan hasil seni yang hanya dapat dinilai oleh insan-insan yang tertentu.

ataupun insan yang terpilih...

**********

namun kecantikan itu satu subjektif. mungkin indah dan mungkin sebaliknya. maafkan saya sekiranya coretan kali ini agak mengarut dan merapu serta berterabur isinya. saya tidak punya sebarang pengalaman untuk berbicara tentangnya.. ini cuma luahan orang kebanyakan seperti saya yang tiada pengajian formal dalam ruang seni.



notalembu: amacam..serius tak gua menulis kali ni? gua rindukan secebis hati newsletter.. kalu baca balik macam tak percaya gua tulis masa sekolah.. gila serius.. political correctness gila babeng...

GOOD NIGHT VESPA cerita 5

fikiran amin menerawang. buntu.. air peluh mula membasahi bajunya.. panas terik mentari itu seolah-olah bertindak kasar dengan amin hari ini.. sedikit pun tak mendung.. sangat mencabar kesabaran hati seorang pemuda.

" rosak ke awak?"

amin terperanjat.. perempuan mana yang menegurnya.. rasanya  dalam pendengarannya tiada pun motor berhenti.. hantu pun takkan nak tegur siang panas terik ni fikirnya.. amin memandang dari mana suara tu datang..

 "sori ganggu.. rosak ke awak? tgk macam ada masalah je.." ulang perempuan itu lagi sambil meletakkan helmetnya di atas motorsikal  jenis Suzuki VS150. antara motosikal dalam senarai diidamkan amin..

 "saya rina.. awak..?" sambil menghulurkan tangan..

amin sedikit terpingga.. dengan pantas amin mengesat-ngesat tangannya ke baju dan membalas salam.. dan senyuman..

"saya amin.." balas amin sambil meneliti tag yang dipakai rina.. "ceh.. budak satu kolej dengan aku rupanya.. saing balik kolej macam aku la ni.." fikir amin sedikit melupakan masalah vespa yang tak hidup tadi..

rina menghampiri vespanya itu.. dengan lagak seperti pomen dia membelek-belek kenderaan tua tersebut.. sesekali di usik kick starter.. "tiba2 tadi vespa ni jam.. nak kata takde minyak saya dah isi, sebelum ni rasanya takde masalah pun..." terang si amin tanpa disoal sambil mengaru-garu kepalanya.. dua tiga kali pandang boleh tahan juga awek ni fikir amin..boleh tahan juga otak mangkuk ni, macam tok ayah dia..

"2t letak tak..?" tanya rina...

"2t...???" soal amin balik seperti tak mengerti.. tak tahu plak motor tua ni pakai 2t..? nak letak kat mana..? mana ada lubang minyak 2t..? bertelur-telur persoalan bersarang dalam otak amin.. muka tok ayah mula menjelma dalam benaknya..

"hmm.. mesti baru pakai vespa kan? untuk pengetahuan awak vespa pakai 2t, minyak petrol kena campur 2t skit.. kalau tak blok jam.. " terang rina sambil tersenyum melihat muka amin sedikit kemerahan.. samada merah sebab panas terik atau malu kena  "bancuh", dia pun tak pasti..

aksi tok ayah mentertawakan amin bermain-main dalam matanya.. "cis.. tak cakap pun pakai 2t.." getus hati si malang itu.. betul2 kena main..dengan perlahan amin bertanya.." abis tu nak buat mcmana? tinggalkan kat sini ke vespa?"

"tunggu dia sejuk balik.. panas sangat tu yang jam tu.. tunggu jap.. tak silap saya ada bawak 2t skit.." jawab rina sambil membuka tempat duduk skuter kuningnya itu.. amin menghela nafas lega.. sekurang-kurangnya dia tak balik ke kolej dengan jalan kaki.. 40km lagi.. mau patah buku lali.. kemudian botol 2t disambut.. perlahan2 dituang dalam tangki vespa dengan sedikit nasihat dari rina..

"jangan banyak sangat..nanti sebu.."

 "awak memang pomen vespa ke?" tanya amin dengan jujur..

rina tergelak..





Monday, December 28, 2009

sudah 10 tahun millenium...

dulu masa kecik, otak gua di cabuli dengan wawasan 2020.. pakcik, cikgu, makcik kantin, tukang urut, guru silat semua bercakap tentang perkara ini.. patutnya diorang didik gua dengan cabaran hidup, bukan dengan impian idup.. argh.. sila berpijak pada bumi yang nyata..

gua membayangkan kereta terbang, pergi sekolah lalu pintu dapur terus sampai kelas,  pil makanan yang makan terus kenyang, motor tayar satu, cikgu robot, dan macam2 lagi idea indah gua bila dipikirkan..

tak sangka lagi seploh taun 2020..

**********

tahun depan sudah tahun 2010.. badan gua pun sudah besar.. sekolah pun dah lama abis..

gua masih ke tempat kerja guna belalang tempur yang dah cecah umur 35 tahun.. masih lagi makan nasik yang kena tanak dulu.. bos gua masih lagi seorang manusia bukan robot..

dan gua kena bayar syiling untuk masuk tandas..

**********

impian memang perlu untuk mengariskan kehidupan yang lebih tinggi.. untuk menjadi yang lebih baik.. tetapi  impian semata-mata tanpa keringat dan kekuatan adalah maya di siang hari sahaja..




naik lemak...

mak gua pesan beli asam.. katanya tekak tak berapa sedap.. gua pun tak tau nak beli asam macamane.. kang gua beli asam laksa baru tau..

**********

gua ajak bini gua ikut.. senang.. lagipun dia lagi terer bab mcm ni.. sedang gua terpusing2 dalam supermarket murah tersebut, sorang promoter cuit gua dari belakang.. masa gua kat itali biasanya kalu orang cuit2 belakang ni nak tandatangan... tapi sbb gua popular kat itali je.. baik gua berpijak di dunia nyata..

"abang... mahu kira BMI tak.. free of charge punya.."

gua pandang amoi tu.. telinga cuma dengar free ajer.. dengan sepantas mungkin gua campakkan bakul dan beg bini gua..

"abang diri sini.. kita mau kira tinggi dan berat badan..eh..eh...kasi bukak itu selipar dulu.."

"duduk diam-diam ya abang"

**********

kalu tak silap gua samad pernah cakap akronim untuk BMI ialah Berat Maksimum Indeks, gua syak dia tipu, sebab mata dia duk kenyit2 kawan gua.. last sekali gua kira berat badan masa gua interview zoologist.. maser tue berat gua sedap2 je.. siap penemuduga tu tanya resepi gua menjaga badan...
"eh...dah siap ke" tanya gua.. rasa macam dah 15 minit duk atas mesin tu..

"sudah....."

kerek pulak amoi ni...

**********

sumpah gua tak dengar aper promoter tu cakap..bla..bla..bla.. tak masuk langsung dalam kepala otak.. tapi telinga gua pantas menangkap bila dia cakap lemak gua dah terlebih..

Apa...........!!!!

gua semak kertas yang dia bagi.. dia tulis berat gua normal.. walaupun gua tgk dah nak cecah paras berat berlebihan.. lemak dalam badan terlebih..gua belek kertas tu beberapa kali takut2 dia salah bagi orang lain punye ke...

sah memang gua punya...

**********

sok gua nak lari pusing satu taman.. ader sapa nak ikut..?



Saturday, December 26, 2009

GOOD NIGHT VESPA cerita 4

masih ada 40km sebelum sampai ke destinasi yang dituju amin.. dengan kelajuan 60km sejam membuatkan belakang amin terasa sengal.. lagipun dia masih tidak biasa meyeimbangkan diri menunggang skuter besi ini, dengan gear di tangan dan enjin di tepi kadang kala membuatkan dia membebel sendirian memaki pencipta vespa  sepanjang perjalanan..
 " gila susah nak bawak bender alah ni.. kenapa la menyusahkan pengguna dengan enjin kat tepi.. silap skit mau bersepah masa selekoh.. bengong...."

bukan amin tak nampak sewaktu dalam perjalanan orang ramai memerhatikan dia dan berbisik sesama sendiri.. ntah mengumpat atau mengata siapa yang tau.. ikutkan hati hendak aje dilanggar orang-orang macam tu.. tapi bila di fikir-fikirkan amin, dia membatalkan hasratnya itu.. cuma dia dah siap menggepal tangannya kalau ada kutu-kutu jerit menganjing beliau.. memang nahas la kutu tu.. itu sudah lebih kalau siap jerit.. ingat seronok ke bawak menatang besi buruk ni...

sedang dia bersungut bersendirian, tiba2 vespa yang dibawanya berhenti dengan mengejut.. nasib baik amin sempat menarik clutch gear, kalu tidak ada yang berlipat di jalan raya.. sempat juga dia mengelak dari tersondol bontot lori..

"cilakak..!!!" jerit amin..

dengan hati-hati vespanya itu di sorong ke tepi jalan.. di dirikan dan amin membelek enjinnya.. kemudian menendang starter berulang kali...

masih tak hidup.......

dahinya mula berpeluh.. kepalanya yang tak gatal digaru.. amin terduduk di tepi jalan sambil mengenangkan apa nasibnya hari ini.. muka kutu2 yang menganjing dengan aksi-aksi yang kurang hajar perlahan-lahan mula terbayang dalam kepala amin.. hatinya mula mengelegak....

" cilake punyer vespa... menyusahkan aku...!! bodohhh...!!" marah amin sambil menendang2 sidebox vespa...

amin kembali duduk... kali ini dia tak memegang kepalanya untuk digaru.. tapi mengusap kakinya kerana sakit menyepak tadi...

"keras pulak menatang ni.." getus amin..






GOOD NIGHT VESPA cerita 3

tok ayah tiada di rumah.. sibuk dengan kenduri katanya.. amin masih lagi terperuk di hadapan pintu.. hatinya kacau..perasaan berbelah bahagi.. barang pakaian semua dah siapkan, duit belanja sudah diberi dan dia pun dah bersiap bersisir rapi.. cuma dia belum sedia nak membawa vespa tok ayahnya itu ke tempat belajarnya..

"amin bawak motor hati-hati.. minyak pun ada sedikit.. jangan lupa isi kalau dah sampai pekan.." pesan tok ayah sebelum meninggalkan amin..

 dia termenung panjang.. kemudian amin bingkas turun ke bawah  rumah melihat vespa milik  tok ayahnya itu.. dibelek-belek dan duduk memikirkannya.. duit belanjanya pun bukannya banyak.. kalau naik bas pun agak tak berbaloi.. lagipun tok ayah dah serah vespa ini padanya.. kurang ajar pulak kalau tak bawak.. amin mengerut dahinya tanda pening belum reda..

"ahhhh.. bawak je la...!!" jerit amin membuat keputusan..

*******
*******
*******

 "karang ader yang menganjing aku tinju muka dia..."bebel amin sendirian sambil memulas throttle minyak membelah keheningan pagi..

GOOD NIGHT VESPA cerita 2

"lu dengar la cakap atuk lu.. untung dia bagi vespa buat lu pegi belajar.. kalu bagi basikal...?" nasihat rudy sambil membetulkan tayar motosikal milik pelanggan..
amin bagai acuh tak acuh mendengarnya.. matanya lebih tertumpu pada deretan motosikal disusun hadapan kedai rudy.. angannya untuk memiliki skuter moden hancur.. jiwa sepertinya hanya sesuai menunggang motosikal moden, bukan motor tua dan antik fikir si amin..

"dah la.. gua nak balik.. nak kemas2 barang.. "beritahu amin..

"tgk tu.. nasihat gua langsung tak dengar.. lu nak balik naik ape...?"  tanya rudy dengan nada yang agak tinggi..

"naik tangga..!!" jerit amin sayup jauh meninggalkan kedai motor milik rudy..

rudy terkulat-kulat..

walimatul urus

gua suka menulis sambil merokok.. layan gila.. terasa nikotin  tu turun ikut tangan.. tapi kalu kat umah amalan ini dihalang sama sekali sebab gua takde tauliah 'menaip sambil isap rokok'..

**********

minggu ni lambakan kenduri kahwin.. berdozen2 kad jemputan menenggelami rumah gua.. ni pun dah banyak gua tapis ikut priority, ikut kos perjalanan, ikut kabel mana kuat dan ikut suka gua.. hahahahaha.. gua pun dah jarang masuk hutan, so banyak masa gua dapat diluangkan di meja jemputan kahwin.. kalau sibuk, takder 5-6 bodyguard berpakaian suit hitam naik toyota alphard tinted gelap maut jemput gua hadiri majlis,  bukak kad jemputan pun trasa berat.. hahahahhaha.. ketawa gua dengan bongkak..

**********

sekarang musim ujan.. ekonomi pun tengah mendung semacam.. merokok pun style 'isap-padam-simpan'..

**********

semalam gua rasa perut bini gua.. bergerak2.. tak sangka dah 5 bulan lebih.. gua tak sabar nak jadi ayah yang hot..


notalembu: ucapan selamat pengantin baru pada semua orang yang berkahwin.. semoga kekal sampai mati.. tuhan menjadikan kita ini berpasangan.. biarlah berpasangan sampai bila2.. dan pikir banyak la kalau nak berpasang-pasang... nak mampos..

Friday, December 25, 2009

GOOD NIGHT VESPA cerita 1

amin menyedut udara subuh perlahan-perlahan.. sedikit keluhan dikeluarkan melalui nafasnya.. jiwanya betul2 menerawang dan terbang seperti burung pagi mencari rezeki. fikirannya menangkap betul hal semalam..

"tok ayah, amin dah mula naik belajar"

tok ayah masih bersandar di beranda pintu.. tak bergerak.. mata kepalanya tertumpu pada drama di kotak tv.. mungkin lawa agaknya artis yang berlakon.. boleh tahan juga perangai tok ayah ni..

"amin ingat kalu naik nanti amin nak pakai motor.. lagipun sekarang amin duk luar." sambung amin dengan harapan tok ayah mengerti.

Sebelum mummayiz lagi amin sudah dibela oleh tok ayah.. keluarganya yang pincang membuatkan amin dijaga sepenuhnya oleh tok ayah sebelum mengerti bahawa ibu dan ayahnya telah bercerai.. tok ayah bagaikan ibubapa, abang, adik, kawan pada amin.. cuma amin belum berani lagi pau rokok tok ayahnya.. nak mampos..

dengan tertib tok ayah menyalakan sebatang rokok sebelum menghembusnya perlahan-lahan.. asap menyelubungi ruang tamu disusuli hilaian suara maya karin terbit dari kotak tv.. "layan pontianak rupanya atuk aku ni, gila pelik nafsu.." fikir amin sambil memerhatikan perbuatan datuknya itu..

"kamu dah ambik lesen motor?" tok ayah mula bersuara.. tapi matanya tak lepas memandang susuk tubuh maya karin di kaca televisyen.. kehilangan nenek 20 tahun lalu mungkin tok ayah masih terasa sehingga hari ini.. lebih-lebih lagi malam jumaat ni.. mau tegang satu badan..

" sudah tok ayah.." balas amin separuh menjerit..
" bila nak pakai motor?" tanya tok ayah.. dan kali ini dia memandang amin..
" secepat mungkin tok ayah.. lagipun..." kata amin terhenti disitu.. mungkin dia hendak menghela nafas ataupun otak tengah susun ayat bodek baik punyer..

" lagipun ape amin..?" tanya tok ayah perlahan, dari matanya seolah mengerti apa yang ingin dikatakan oleh cucu seorang ini..

" amin dah tengok kat kedai rudy, banyak jugak moto baru dia bawak masuk.." jawap amin mengatur bicara supaya tok ayah tak tersilap anggap.. risau juga amin, takut kata2nya menyinggung.. melompat kang tok ayah aku..

tapi tiada butir kata sambutan dari tok ayah.. senyap seribu bahasa.. bagai masa terhenti di saat ini.. hilaian maya karin pun sudah tak kedengaran dari kotak tv.. benar2 hening.. belum sempat amin nak meneruskan bicara lagi tiba2 tok ayah bingkas bangun masuk ke bilik.. tindakannya agak memranjatkan amin..

'dimana salahkah cakap aku tadi?' getus hati amin.. dia cuba memikirkan semula butir2 perkataan yang diluahkan tadi.. rasanya tiada yang salah.. lagi pun tok ayah tak pernah terasa hati sebelum ini melayan cucu seorangnya yang nakal ya rabbi.. setakat tukar tembakau rokok tok ayah pada daun pinang kering pun tok ayah masih mampu tersenyum..

daun pintu bilik di kuak.. tok ayah keluar perlahan dan duduk berhadapan amin.. sedikit terkejut dan amin mengemaskan duduknya.. takut2 kalau dilempang sempat juga amin mengelak..

" ini kunci motor tok ayah dan cukai jalan.. buat masa ni amin pakailah dulu, nanti dah dapat kerja beli la lain.. lagipun motor tok ayah masih kuat, setakat nak berulang alik tmpat belajar takder masalah rasanya.." jelas tok ayah dengan panjang lebar..

amin sedikit terpingga..
terduduk....

setahu amin motor tok ayah cume ada satu saja.. memang jarang tok ayah pakai, cuma sekali sekala sahaja, itupun sekadar ke surau atau kenduri kendara.. cuma masalahnya motornya itu adalah vespa yang mengelupas catnya dan berkarat seluruh body.. peluh amin trasa menitik.. dia dah mula terbayang aksi pelajar2 kolej mengetuk dahi masing masing menyebut 'dut..dut..off..off..kunci..kunci..' setiap kali dia menunggang skuter besi tersebut..

"gila tak moden.....tak bestnyaaaaa!!!!" jerit hati amin separuh mati..

Tuesday, December 22, 2009

tutup mata buka facebook..

masa ni gua masih belum dapat memejamkan mata.. belum timbul bibit2 mimpi walaupun dah dekat sekati gua berangan2.. rokok dah berbatang2 dinyalakan.. tapi mata gua belum mau pejam.. rasernyer takde pun tido petang.. nak kata jiwa kacau, jiwa gua mmg tengah kosong bolong (slanga jawa bermaksud 'berlubang')..

**********

tadi bini gua sign up gua punyer facebook..hampeh.. gua mmg gagal dlm komunikasi maya.. gua mmg tak reti.. friendster haram jay dah lamer tak sentuh.. last update bini gua kate dah kambus.. pedulik aper gua.. gua mmg tak reti nak berborak secara maya..

**********

dulu kalu tak silap gua mirc adalah raja komunikasi maya utk tanah air ini... kalu lu tak xtau maksud ASL, lu mmg perhak, kuno, jahil irc.. gua dah braper kali tersilap anggap yang ASL tu assalamualaikum.. cilakak...gua bila pikirkan balik mmg kbanyakkan tujuan irc maser tue adalah nak mengawan.. salam takder aper takder trus nak tanya umur, jantina, lokasi... mcm order ayam.. kalu tau tu sesama jantina tggu sampai skrin monitor retak blum tentu dia reply.. melainkan lu homo.. cibai..

**********

mcm2 yang gua perasan ttg irc nie..aneh..pelik..gila pun ader..nickname tak usah cerita la.. kalu jenis rakus, nick 95% berkaitan dengan syahwat semata2.. lagi kalu dapat chat berlawanan jantina.. klu dapat pancut depan skrin pun jadi.. gila babi.. tu belum campur mod yang kerek nak mampos kerja nak kick jer..menyampah gua..nak tanyer lebih pun tak bleh.. mcm jkkk plak lu orang.. tapi ader jugak 'kebaikan' yang boleh digunapakai..kdg2 gua tgk member gua yang masih kental jadi mod msih main coding irc.. gua respek.. tapi sumpah gua tak terpikat.. baik tgk porno..

**********

zaman gua sambung belajar ader gak bender seiras2 mcm ni.. sbb maser tue gua tgh ngorat awek (bini gua sekarang laa...)hehehehe.. gua join venture bender alah ni.. tak silap gua circles aper ntah namernyer.. gua mmg cepat pelupa.. tak mcm irc.. circles ni grafik dah menakjubkan pada gua masa tue..bleh letak gambar..komen..lagu..video..kira canggih la utk zaman pakai disket ngan pendrive reger beratus2 lagi.. tapi gua tak dapat berkekal lama.. mungkin jiwa tak kena.. gua lebih senang lepak kat luar kene angin sambil sepak kawan2 kat dataran dari duk depan komputer chatting sampai sakit belakang...

**********

lepas tu gua tak terlibat secara langsung dengan system komunikasi secara maya ni.. gua akui itu bukan kemahiran gua walaupun 3 tahun amik kelulusan it.. gua lagi minat dengan serangga dan tanaman masa tue... tak lame kmudian naik la friendster, myspace dan yang terbaru facebook..

**********

kini bila gua tgk kawan2 gua, bos gua, malah bini gua sibuk tonyoh pc and laptop bukak facebook dan seangkatan dengannya, gua ttp steady.. mcm gua pemimpin yang berkaliber..tak goyang.. mcm pakai suar dalam kat luar jer biler kelompok lu becerita psl facebook...nak malu watper..gua hero.. gua kacak je wat tak tau.. tapi biler ader sahabat lama sound,

"lu tau maya karin add facebook gua as friend...eh, lu maner ader facebook kan?"

..........
..........
..........

gua pun dengan sengaja pura2 tak dengar dan amik wuduk...pelan2 tolak pintu bilik.. tgk bini gua duk lyn facebook.. gua baring tepi dia... dengan tertib gua berbisik......

"ayang.. buatkan facebook untuk abang......"

**********

WHAT THE F**K.....!!!!



notalembu: gua punyer rakan dlm facebook sorang je, iaitu bini gua... gua sampai sekarang dok pikir samada bini gua tak bagi gua cari rakan lain, atau memang gua sengal tak jumpa sampai pagi ni button klik nak cari rakan.. pantek...


menangis di bilik meeting

gua datang lewat meeting..antar bini check gigi..syak kurang kalsium.. kesian dia.. tapi takder lewat maner pon..dalam 10 minit lewat je..gua tekan 800km/h belalang tempur gua..gua bajet kalu lebih skit pulas throttle, gua ingt belalang tempur gua bleh terbang..tapi sbb tak nak mengkagumkan pengguna jalan raya lain gua pendamkan niat..nnti new year boleh buat kot maser dinner..

**********

jujur gua cakap otak gua masih di tahap beta..pandangan gua tembus ke genting..jiwa gua masih tercari2 cara nak kaya dlm masa sehari..sumpah..duit gua tgal rm100 je.. sialan punyer monyet.. lidah manis mcm bangsat, makin kaya, makin bergaya.. gua? pakai kasut plastik pegi meeting..

**********

poket gua betul2 gawat.. tapi bile bos gua cakap taun depan takder budget utk jabatan gua, air mata gua mcm nak mencurah2 kat dalam bilik meeting... gua nak cari duit lebih taun depan macamna? baru nak tibai claim...anak gua? bini gua? tetiba gua raser macam ader mak gajah hempap dada gua.. sebak.. senak.. semak..

**********

gua rasa gua betul2 mcm kesatria baja hitam... hampir dikalahkan rerakse... belalang tempur gua pun hampir2 musnah.. gua harap wira perkasa gua menyelamatkan gua thap2 genting mcmnie..

**********

aper gua mengarut ni..dah la.. merapik byk2 pun dompet dlm poket bukan boleh kembung.. baik gua tanak nasik.. pergi mati sama ABDUL....!!


notalembu: gua tak tau nak cakap ape..



Sunday, December 20, 2009

catat atas tisu hikayat 4

masa dan tarikh (gua janji pasni gua catit tarikh..)

ari ni gua masuk hutan lagi.. mata hampir rabak.. bleh cair kene matahari.. apa2 pun gua sanggup berjuang utk kaum hutan.. gua kan zoologist.. kalu bukan gua, saper lagi nak membela nasib? nak harap samad? borak pasal nuklear dia tau la.. tapi gua malas nak merapik2 ari ni.. gua bukan taip pakai keyboard, gua pakai PDA hitam putih.. bukan bleh tulis banyak2 pun..

**********

gua bangun pagi tadi terus dapat ilham.. gua ingt nak start berjimat.. sebagai langkah keselamatan untuk menjamin masa depan keturunan darth vader, gua dah rangka pelbagai startegi.. 1st gua nak cut cost rokok.. sehari gua abiskan dekat 7 ringgit..darab 30 ari dekat 210 ringgit lebur.. tp tahap nikotin dalam badan gua amat tinggi kata doktor.. so gua akan beli rokok reger bwh 5 ringgit.. sebulan baru 150 ringgit.. nak murah lagi isap surya.. rokok pun lambat abis..gua dah save 50% utk karbon monoksida gua.. tapi kalo ikut bini gua, tak payah isap lagi mulia...hahahahahaha...

**********

lagi satu gua nak tapau claim.. lu tau gua dah tak claim dekat 7 bulan.. ader dekat 7 ribu rugi..ni semua prinsip bengong punyer pasal.. takper, taun depan gua kayuh kaw2.. selama ni gua redah hutan pakai duit sendiri..mulia tak gua?

**********

bersambung.........(gua tgh cari maner sambungan die..)



catat atas tisu hikayat 3

masa dan tarikh (gua tak ingat bile..luper tulis) 

gua tibe2 teringin nak menulis plak.. tapi gua tengah kerja dalam hutan sekarang..lampu kunang2 pn tak berapa kuat..so gua amik keputusan tulis dalam hp jer. tu pun hp gua jenis abad ke-14 punyer zaman. takder application notes.so gua tulis dalam bentuk msg jer.. janji gian gua ilang..lu org penah menyesal n putus asa dalam idup tak? gua dah raser dan masih lagi terasa..

**********

pokok dalam hidup ini ialah duit bro.. igt bleh beli burger dgn budi dan kasih sayang ke? duit tgh menjadi dilema gua sekarang.. nak bayar itu ini.. padahal gaji gua bleh tahan beb.. 4 kali ganda dari berbanding gua mula2 kenal slip gaji..kesilapan gua merancang kehidupan..sekarang betul2 menyesal.. tindakan gua betul2 bodoh.. byk gila gua menanggung seksa.. krn kawan2..

**********

gua tak tau aper salah gua..mungkin ader hikmah di sebalik perkara ni.. gua kene tunggu 15 tahun utk gua pulih kembali.. tapi takkan takder keadilan untuk hamba yang bobrok macam gua..? sedih sangat2 bro..

**********

anak gua nak lahir lagi..umah gua nak siap lagi..kereta lembu gua lagi.. semua nak pakai matawang.. xkan gua nak lampin anak pakai daun kelapa? igt gua monyet ape!? tapi gua masih mencari2 hikmah atas perkara ni.. mungkin tuhan nak uji..

**********

gua bukan la seorang yang alim kudus rajin beribadat.. tapi gua perlukan keadilan dari tuhan yang Maha Esa.. berilah la kesenangan untuk hidup.. tak pernah gua menyalahguna rezeki yang Kau beri selama ini.. semoga coretan dan cebisan hati kecil gua ini dapat didengari.. AMIN ROBBALLAMIN...


nota lembu: gua tinggal 5 ringgit je..gila la....!!!


BERJALAN TANPA ROH

gua baru balik berjalan dengan bini gua..ilangkan keboringan tahap 3..duk umah pun idea tak masuk..baik hirup udara..dengan otak yang masih lagi lemah, roh gua mcm nak tak nak bangkit bersama jasad seberat 60kg..rupernyer kereta galant gua ilang..terus lenyap roh gua ntah kemana..perasaan gua ilang di tiup angin tengahari..lu nak watpe? nak sepak ketua kampung sbb tak prihatin masalah penduduk? nak tumbuk jiran2 memekak dengan lagu techno? atau lu nak buat report polis ttg masalah otak lu? ntah la..

***********

gua terkesima sekejap..mood nak keluar jejalan hancus..pada waktu gua tengah sengal dan lemau, kereta plak ilang..lu bleh pikir aper dalam jiwa gua sekarang?

***********

tapi demi menhibur ati yang kosong, gua ajak bini pergi tgk STORM WARRIORS..citer best, teknik penceritaan pun bleh tahan, CGI yang cun mcm komik sjibik, tapi langsung gua tak menjiwai cam tgk tranformers 1st dulu..mangkuk betul..isap rokok pun rase tanah..

***********

balik umah start belalang tempur pegi pondok gua..layan tenet mgkin lagi cun kot..cuaca pun sejuk2 laut..layan betul la kalo jiwa tgh kosong sekarang..tetiba gua ingt lagu THE CURE FRIDAY I AM IN LOVE......


Friday, December 18, 2009

catat atas tisu hikayat 2

0430hrs 19.12.09

malam ni gua bertugas jaga pondok..masuk ni dah dua malam gua berjaga kat pondok..campur smalam punyer hal xdapat balik..sebenarnya gua takder hal..seminggu pun gua rela..cume otak gua minggu ni lemau semacam..nak masuk hutan pun gua tak semangat..biasanyer power gua mmg full..setakat patahkan tengkok ikan tapah pun gua selamba sebelah mata je..tapi gua betul2 lemau..tgk maya karin pun tak horny..

**********

tadi pondok mate gua bagi pinjam dvd THE SNIPER..layan sorg2 pun cun gak..gua mmg susah giler nak tido awal kat pondok ni..giler aper tido kat pondok..rimau datang saper nak tewaskan?? lagipun gua bayar cukai pintu kat gomen..kalo tido kat sini, kecik ati rumah gua...

**********

laptop yang syarikat hutan agung sdn bhd peruntukkan kat cawangan gua takder codec pulak..haram jadah!!! mcm2 dah download,xleh jln gak..takkan nak guna pc kat pondok ni.audio tarak!! baik gua tgk tv pendidikan..tak pasal2 layan2 forum belalang tempur...

**********

argh....!! tido lagi baik..sok gua nak masuk hutan..layan mawas lagi syok sok pagi..untung2 gua dapat jumper tenggiling..bleh penuh collection..gua kecewa ni..lembu punyer laptop n pc..!!!


notalembu: sok pagi lepas layan mawas2 tu, gua nak balik mandi sunat, sikat rambut, pakai baju ader butang-butang..gua nak ajak bini gua lyn dvd THE SNIPER dalam bilik sambil baring2..baru kelas..


catat atas tisu hikayat 1

1723hrs 18.12.09

gua sembab ari ni..lemau sangat2..gua tak tau aper malang gua..aper salah gua terhadap society..byk sangat dosa kot..tu yang tuhan nak uji gua..tp gua kdg2 xtahan bro..rase nak menyepak budak sekarang..gua masuk hutan pun gua rase malas nak mampos..jiwa pun dah takder..byk tuntutan gua kener selesaikan...kalo dompet gua boleh bercakap dah lamer dia nak lepak dalam laci, duk dalm poket tak guna pun..cilakah..

dah la gua nak balik semalam tak boleh..mcm setan..mana pegi ntah kunci belalang tempur gua..bagidol so'ot..ni kalu maya karin nak salam dengan gua pun gua bg penyepak..tahap panas gua dah mcm magma bumi..

gua nak blik..mak gua bising suh on peti sejuk..kang nnti bau gampang..bini gua pun siap plastik sampah nak angkut brg2 gua kalu tak kemas bilik..kalu gua dapat antu yang sorokkn kunci tu, gua patahkan tangan dia guna siku..bagi raser ong bak skit..alamak..mak nani 3g sama gua..jap..jap..jap..


**********

1745hrs 18.12.09

gua mampu cakap ALHAMDULILLAH..ALLAH MAHA BESAR....



notalembu: kunci gua selamat dlm genggaman..member gua dah jumpe kat sofa..tempat yang 12-13 kali gua punggah..pelik...

jom tekan keyboard

hari dah mula mendung...

belalang tempur dah mula semput...

muka dah mula berminyak...

dompet dah mula berkulat...

gua dah mula menulis...

*********

cilakak..gua mmg takder chemistry dengan komputer agaknyer..mane yang gua taip tadi dah..ilang...kalu tulis tangan gua selamba je, tapi pkai keyboard rase macam nak hentak meja..xder common sense langsung.. gua nak jumper bill gates suh buat keyboard besar pintu!

notalembu: gua ader kelulusan it..pelik..gua ingat gua tak beli itu sijil..



 **********************************************************************************