Tuesday, December 29, 2009

keindahan itu seni, seni itu cantik, cantik itu subjektif.

bila orang kebanyakan seperti saya berbicara tentang seni, ianya lebih menjurus samada berbentuk hiburan pentas, catan-catan seni di atas kanvas, atau baris-baris madah puisi.. dan seni ini biasanya dimiliki oleh insan-insan yang kreatif.

**********

menulis adalah satu cabang kegemaran saya. kegagalan untuk cemerlang dalam pemahaman dan penulisan bahasa melayu dalam pengajian sijil pelajaran malaysia sedikit pun tak menghalang saya untuk meneruskan minat ini. kerana pada pengamatan saya, menulis adalah salah satu medium berbicara. untuk berbicara tidak seharusnya dibatasi oleh peraturan-peraturan 'orang bahasa', selagi isinya dan matlamat bicaranya sampai di minda orang lain walau jelik macamana pun untuk menelan baris-baris tintanya..

**********

saya tidak mempunyai minda yang seni.. tidak mampu mengekpresi sebuah karya dengan sebaiknya. atau dengan ayat lebih mudah, saya seorang buta seni. pada pemikiran kosong saya, seni yang indah ialah seni yang mampu memberi perasaan takjub dan sampai impaknya kepada orang kebanyakan seperti saya. dan itulah hasil seni yang betul-betul terbaik dan bukan hasil seni yang hanya dapat dinilai oleh insan-insan yang tertentu.

ataupun insan yang terpilih...

**********

namun kecantikan itu satu subjektif. mungkin indah dan mungkin sebaliknya. maafkan saya sekiranya coretan kali ini agak mengarut dan merapu serta berterabur isinya. saya tidak punya sebarang pengalaman untuk berbicara tentangnya.. ini cuma luahan orang kebanyakan seperti saya yang tiada pengajian formal dalam ruang seni.



notalembu: amacam..serius tak gua menulis kali ni? gua rindukan secebis hati newsletter.. kalu baca balik macam tak percaya gua tulis masa sekolah.. gila serius.. political correctness gila babeng...

No comments:

Post a Comment

suara