masih ada 40km sebelum sampai ke destinasi yang dituju amin.. dengan kelajuan 60km sejam membuatkan belakang amin terasa sengal.. lagipun dia masih tidak biasa meyeimbangkan diri menunggang skuter besi ini, dengan gear di tangan dan enjin di tepi kadang kala membuatkan dia membebel sendirian memaki pencipta vespa sepanjang perjalanan..
" gila susah nak bawak bender alah ni.. kenapa la menyusahkan pengguna dengan enjin kat tepi.. silap skit mau bersepah masa selekoh.. bengong...."
bukan amin tak nampak sewaktu dalam perjalanan orang ramai memerhatikan dia dan berbisik sesama sendiri.. ntah mengumpat atau mengata siapa yang tau.. ikutkan hati hendak aje dilanggar orang-orang macam tu.. tapi bila di fikir-fikirkan amin, dia membatalkan hasratnya itu.. cuma dia dah siap menggepal tangannya kalau ada kutu-kutu jerit menganjing beliau.. memang nahas la kutu tu.. itu sudah lebih kalau siap jerit.. ingat seronok ke bawak menatang besi buruk ni...
sedang dia bersungut bersendirian, tiba2 vespa yang dibawanya berhenti dengan mengejut.. nasib baik amin sempat menarik clutch gear, kalu tidak ada yang berlipat di jalan raya.. sempat juga dia mengelak dari tersondol bontot lori..
"cilakak..!!!" jerit amin..
dengan hati-hati vespanya itu di sorong ke tepi jalan.. di dirikan dan amin membelek enjinnya.. kemudian menendang starter berulang kali...
masih tak hidup.......
dahinya mula berpeluh.. kepalanya yang tak gatal digaru.. amin terduduk di tepi jalan sambil mengenangkan apa nasibnya hari ini.. muka kutu2 yang menganjing dengan aksi-aksi yang kurang hajar perlahan-lahan mula terbayang dalam kepala amin.. hatinya mula mengelegak....
" cilake punyer vespa... menyusahkan aku...!! bodohhh...!!" marah amin sambil menendang2 sidebox vespa...
amin kembali duduk... kali ini dia tak memegang kepalanya untuk digaru.. tapi mengusap kakinya kerana sakit menyepak tadi...
"keras pulak menatang ni.." getus amin..
No comments:
Post a Comment
suara