Friday, December 25, 2009

GOOD NIGHT VESPA cerita 1

amin menyedut udara subuh perlahan-perlahan.. sedikit keluhan dikeluarkan melalui nafasnya.. jiwanya betul2 menerawang dan terbang seperti burung pagi mencari rezeki. fikirannya menangkap betul hal semalam..

"tok ayah, amin dah mula naik belajar"

tok ayah masih bersandar di beranda pintu.. tak bergerak.. mata kepalanya tertumpu pada drama di kotak tv.. mungkin lawa agaknya artis yang berlakon.. boleh tahan juga perangai tok ayah ni..

"amin ingat kalu naik nanti amin nak pakai motor.. lagipun sekarang amin duk luar." sambung amin dengan harapan tok ayah mengerti.

Sebelum mummayiz lagi amin sudah dibela oleh tok ayah.. keluarganya yang pincang membuatkan amin dijaga sepenuhnya oleh tok ayah sebelum mengerti bahawa ibu dan ayahnya telah bercerai.. tok ayah bagaikan ibubapa, abang, adik, kawan pada amin.. cuma amin belum berani lagi pau rokok tok ayahnya.. nak mampos..

dengan tertib tok ayah menyalakan sebatang rokok sebelum menghembusnya perlahan-lahan.. asap menyelubungi ruang tamu disusuli hilaian suara maya karin terbit dari kotak tv.. "layan pontianak rupanya atuk aku ni, gila pelik nafsu.." fikir amin sambil memerhatikan perbuatan datuknya itu..

"kamu dah ambik lesen motor?" tok ayah mula bersuara.. tapi matanya tak lepas memandang susuk tubuh maya karin di kaca televisyen.. kehilangan nenek 20 tahun lalu mungkin tok ayah masih terasa sehingga hari ini.. lebih-lebih lagi malam jumaat ni.. mau tegang satu badan..

" sudah tok ayah.." balas amin separuh menjerit..
" bila nak pakai motor?" tanya tok ayah.. dan kali ini dia memandang amin..
" secepat mungkin tok ayah.. lagipun..." kata amin terhenti disitu.. mungkin dia hendak menghela nafas ataupun otak tengah susun ayat bodek baik punyer..

" lagipun ape amin..?" tanya tok ayah perlahan, dari matanya seolah mengerti apa yang ingin dikatakan oleh cucu seorang ini..

" amin dah tengok kat kedai rudy, banyak jugak moto baru dia bawak masuk.." jawap amin mengatur bicara supaya tok ayah tak tersilap anggap.. risau juga amin, takut kata2nya menyinggung.. melompat kang tok ayah aku..

tapi tiada butir kata sambutan dari tok ayah.. senyap seribu bahasa.. bagai masa terhenti di saat ini.. hilaian maya karin pun sudah tak kedengaran dari kotak tv.. benar2 hening.. belum sempat amin nak meneruskan bicara lagi tiba2 tok ayah bingkas bangun masuk ke bilik.. tindakannya agak memranjatkan amin..

'dimana salahkah cakap aku tadi?' getus hati amin.. dia cuba memikirkan semula butir2 perkataan yang diluahkan tadi.. rasanya tiada yang salah.. lagi pun tok ayah tak pernah terasa hati sebelum ini melayan cucu seorangnya yang nakal ya rabbi.. setakat tukar tembakau rokok tok ayah pada daun pinang kering pun tok ayah masih mampu tersenyum..

daun pintu bilik di kuak.. tok ayah keluar perlahan dan duduk berhadapan amin.. sedikit terkejut dan amin mengemaskan duduknya.. takut2 kalau dilempang sempat juga amin mengelak..

" ini kunci motor tok ayah dan cukai jalan.. buat masa ni amin pakailah dulu, nanti dah dapat kerja beli la lain.. lagipun motor tok ayah masih kuat, setakat nak berulang alik tmpat belajar takder masalah rasanya.." jelas tok ayah dengan panjang lebar..

amin sedikit terpingga..
terduduk....

setahu amin motor tok ayah cume ada satu saja.. memang jarang tok ayah pakai, cuma sekali sekala sahaja, itupun sekadar ke surau atau kenduri kendara.. cuma masalahnya motornya itu adalah vespa yang mengelupas catnya dan berkarat seluruh body.. peluh amin trasa menitik.. dia dah mula terbayang aksi pelajar2 kolej mengetuk dahi masing masing menyebut 'dut..dut..off..off..kunci..kunci..' setiap kali dia menunggang skuter besi tersebut..

"gila tak moden.....tak bestnyaaaaa!!!!" jerit hati amin separuh mati..

No comments:

Post a Comment

suara