Sunday, January 17, 2010

GOOD NIGHT VESPA cerita 7

lagu polifonik jejak rasul tiba2 kedengaran.. lamunan indah amin terus terputus..cilakak..dia segera menyeluk poketnya.. tertera nama Joni di skrin.. "potong stim betul la..." getus hati amin..
tawa rina menyusul perlahan..

"woi...kat mana ni? bila nak sampai..!? dah berakar tunggu ni.."

"la.. ko tak bawak kunci ke..?" tanya amin..

"mana bawak setan....!cepat la... barang banyak ni..badan dah bau sayur.. cepat..!! gua tak sabar nak masuk bilik ni.." jerit joni..

segera telefon dimatikan..cilakak..kalau bukan kerana final exam joni dah tolong dia, mampus nak duduk sebilik lagi semester ni..ahh..persetankan semua tu..

amin kembali ke tempat duduknya tadi.. jaketnya mula disarung dan disandang beg pakaiannya..

"dah nak balik ke..?" tanya gadis genit itu..
"em..dah boleh start kan?" tanya amin sambil memandang rina.. sebuah senyuman tawar dilemparkan..
 "boleh agaknya..." balasnya..

perlahan amin menghampiri vespa tok ayahnya itu.. dengan beberapa kali tendangan, vespanya kembali hidup.. "haa..kan hidup...jom..saya pun nak bergerak sama.. kita sama-sama jalan eh.." ajak rina sambil menghidupkan skuter miliknya.

hati amin berbunga-bunga dengan ajakan wanita cantik itu.. seolah hilang masalah semua.. risau pun tiada..

"joni mesti jeles tgk aku dengan awek cun balik kolej sama2.. padan muka hang...tunggu la situ sampai reput!!"

No comments:

Post a Comment

suara