Wednesday, June 1, 2011

kek yang sangat sedap!

gua tak tipu.

gua sesekali tak bohong.

kek yang gua makan sangat sedap sekali. gua tak tau orang lain macamana. tp kek ni gua suka masuk dlm peti ais bagi sejuk, pastu gua kunyah pelan-pelan.

memang sedap gile..



***********

lu tak payah nak pi jauh-jauh nak menikmati cupcake yang sedap ni.

lu tak perlu nak susah dan pening kepala kalau besday awek, besday nenek, besday cikgu disiplin dah dekat..

lu tak perlu susah2 nak berlari ke atm machine nak cucuk duit sbb kedai kek jual mahal nak mampos.

kalu lu duduk di lembah kelang, ini la tempat yang sesuai untuk lu tempah kek yang sedap dan berpatutan ni.

klik link kat bawah kaler purple ni utk segalanya info dan pelbagai benda yang ko nak tahu.



ok...gua nak sambung mengunyah balik...chocolate chip bebbb...sampai jari-jari gua jilat..sedapppp...

apa...??? mintak sikit cupcake...??

order le ape lagi... keh keh keh keh keh...

pelik : bahagian 1

gua walaupun berpakaian kadang-kadang macam orang takde wawasan, tapi gua antara lelaki yang kerap berfikir pasal masyarakat.

banyak gua tengok keganjilan masyarakat yang gua hidup bersama ni. yang kadang-kadang buat gua terkesima. buat gua keras. buat gua garu-garu kepala.

gua cuba memahami setiap kepelikan dan keganjilan. 

tapi gagal.

**********

banyak sorotan-sorotan situasi yang gua hadapi selalu. 

contoh:

gua dan Awek Boot Merah sedang lepak sambil mengunyah di restoran berhawa dingin. kebetulan restoran yang dipercayai milik yahudi tu ada coverage wifi yang power, gua dan awek boot merah dengan suci hati bukak laptop masing-masing utk melayari internet. baru la generasi terkini bak kata James Kalalay.

gua pun tak kenal sape tu James Kalalay.

ok sambung.

sambil-sambil gua mengemaskini fesbuk dan laman2 porno, gua tengok-tengok laptop awek boot merah ni sambil tangan dan mulut gua laju mengunyah kentang goreng.

gua :: hoh...gambar sape tu?(sambil gua tunjuk kat profile pic fesbuk awek boot merah)

awek boot merah :: ni gambar artis korea la awk...dah saya minat, tu yg letak jadi profile pic tu...salah keee?

gua :: oohhh...(sambil gua mengangguk)

dalam setengah jam....

awek boot merah :: heiiiiii...ni gambar sape niiii...???(sambil dia tunjuk kat profile pic blackberry gua)

gua :: oohhh...ni gambar kawan la..dah saya minat, tu yang saya jadikan profile pic tu...salah keeeeeee...?

awek boot merah :: salah laaa...!! ni mesti curang..pot..pet..pot...pet...kayu tiga..pot..pet...pot..pet...gatal nak mampos...pot..pet..pot..pet... (membebel dengan kelajuan bunyi yang maksima tanpa menghiraukan keadaan sekeliling...)

gua :: (senyap sambil sedut air milo laju2).

............................
............................
............................
...........................

apasal dia boleh letak gambar lelaki yang dia minat. tapi gua tak boleh...

tak rasa pelik keeeeeee??



dulu dan sekarang

dulu gua boleh makan sambil baca suratkhabar sambil bawak kereta.

dulu gua boleh menulis 10 muka surat tanpa henti membuang hadas kecil mahupun besar.

dulu gua boleh makan keropok mentah tanpa gentar.

dulu gua boleh pakai seluar saiz 27.

**********

sekarang gua makan.makan.makan.makan. pastu suruh Awek Boot Merah tolong bwk kereta.

sekarang gua tekan keyboard pun malas nak mampus.

sekarang pantang makan yg bukan-bukan terus perut gua bergolak.

sekarang kadang-kadang gua tak pakai seluar.

macam gampang.


Monday, March 14, 2011

terlalu malas untuk tekan keyboard

gua bangun dengan perlahan-lahan dari tido. mengesot guna siku dari bilik tidur sampai ke dapur.

perut gua mula berentak laju pagi ini. gua syak ade beruang dalam perut gua tengah berdemostrasi beramai-ramai. kalau gua lewat, kemungkinan besar perut milik gua ini akan digulingkan dan menjadi milik mereka secara total.

gua kuatkan tekad dalam hati. gua cuba mengesot dengan lebih pantas.

dalam lebih kurang 30 minit gua sudah sampai ke meja makan.

cepat 15 minit dalam cacatan rekod gua yang lepas-lepas.

tak pasal-pasal gua tersenyum sorang-sorang dalam kedudukan gua meniarap atas lantai dapur.

**********

gua cuba memanjangkan leher gua untuk melihat makanan atas meja. 

gampang. tak dapat tengok. tinggi sangat.

gua dengan hati-hati cuba memanjat meja makan tu. tinggi la setan. gua marah betul pada pereka perabot ni. takde inovatif langsung dalam idea. zaman canggih manggih ni patutnya meja makan dah ada voice recognition dan voice command control.

gua :: "hello meja makan. ape lauk atas meja?"

meja makan ::"voice command recognized. ada ikan siakap 3 rasa. udang galah bakar. nasi beriani gam. daging masak merah. ayam panggang berempah."

gua :: "bagi gua air tembikai gelas besar. daging masak merah dengan udang galah bakar. nasik putih lebih arrr..sup dengan sambal belacan jangan lupa. kalo ada keropok ikan pun bawak keluar gak."

meja makan ::"voice command recognized. done."

itu macam meja makan la yang gua mau... takkan idea-idea hebat macam ni pun gua nak ajar.... gua syak pereka-pereka perabot sekarang semua jenis mat-mat pustakaan. tak kawan dengan orang. jenis dengan buku setiap masa. jenis anti sosial. jenis berak dalam seluar  sebab malu nak minta permission nak kuar kelas pi toilet dan macam2 lagi andaian buruk gua.hahahaha.

**********

sedar tak sedar dah separuh kaki meja gua panjat. gua tengok jam tangan kat pergelangan tangan.

dah 6 minit. pantas gak gua panjat dah sampai separuh.

perut gua dah semakin bingit bunyinya. gua dah dengar slogan "kami mahu demokrasi" dari dalam perut. gampang betul beruang-beruang ni.tak reti sabar betul.

gua kemaskan genggaman tangan gua. kaki gua kasik kepit kuat2 biar tak tergelincir. gua sambung balik panjat.

akhirnya gua sampai jugak ke atas meja. senyuman gua tak putus-putus kegembiraan. hidung gua cuba goyang-goyangkan untuk hidu lauk dalam tudung saji.


"PPIAAAAAPPPPPP!!!!!!"

gua terasa panas dibelakang badan gua.

**********

"dah asar baru bangun tido!!! dengan tak mandinya, dengan tak gosok giginya terus bukak tudung saji..!! ape nak jadi ni bujang sekor ni.....!!" jerkah mak gua kat belakang sambil pegang rotan ala-ala conan the barbican. 

gua lari laju-laju sambil tahan pedih kena libas.

cilakak punye beruang dalam perut. nak sangat demokrasi..jahanam......



Sunday, March 13, 2011

resume

nama : mohd amirul bin mohd shari

nama samaran : amy, achong, lelaki terakhir dan terunggul, kuda liar, pelanggar budak.

kpt : xxxx-71-5041 (xxx bermaksud rahsia. bukan porno)

kelulusan : pandai membaca, mengeja, mengira sikit-sikit.

pengalaman : hamba abdi duit.

kepakaran : mandi secara pantas. tidur tanpa henti. mencarut dengan tatasusila.

gaji dipohon : rm7000.00++ (tidak termasuk elaun peribadi)