Monday, March 14, 2011

terlalu malas untuk tekan keyboard

gua bangun dengan perlahan-lahan dari tido. mengesot guna siku dari bilik tidur sampai ke dapur.

perut gua mula berentak laju pagi ini. gua syak ade beruang dalam perut gua tengah berdemostrasi beramai-ramai. kalau gua lewat, kemungkinan besar perut milik gua ini akan digulingkan dan menjadi milik mereka secara total.

gua kuatkan tekad dalam hati. gua cuba mengesot dengan lebih pantas.

dalam lebih kurang 30 minit gua sudah sampai ke meja makan.

cepat 15 minit dalam cacatan rekod gua yang lepas-lepas.

tak pasal-pasal gua tersenyum sorang-sorang dalam kedudukan gua meniarap atas lantai dapur.

**********

gua cuba memanjangkan leher gua untuk melihat makanan atas meja. 

gampang. tak dapat tengok. tinggi sangat.

gua dengan hati-hati cuba memanjat meja makan tu. tinggi la setan. gua marah betul pada pereka perabot ni. takde inovatif langsung dalam idea. zaman canggih manggih ni patutnya meja makan dah ada voice recognition dan voice command control.

gua :: "hello meja makan. ape lauk atas meja?"

meja makan ::"voice command recognized. ada ikan siakap 3 rasa. udang galah bakar. nasi beriani gam. daging masak merah. ayam panggang berempah."

gua :: "bagi gua air tembikai gelas besar. daging masak merah dengan udang galah bakar. nasik putih lebih arrr..sup dengan sambal belacan jangan lupa. kalo ada keropok ikan pun bawak keluar gak."

meja makan ::"voice command recognized. done."

itu macam meja makan la yang gua mau... takkan idea-idea hebat macam ni pun gua nak ajar.... gua syak pereka-pereka perabot sekarang semua jenis mat-mat pustakaan. tak kawan dengan orang. jenis dengan buku setiap masa. jenis anti sosial. jenis berak dalam seluar  sebab malu nak minta permission nak kuar kelas pi toilet dan macam2 lagi andaian buruk gua.hahahaha.

**********

sedar tak sedar dah separuh kaki meja gua panjat. gua tengok jam tangan kat pergelangan tangan.

dah 6 minit. pantas gak gua panjat dah sampai separuh.

perut gua dah semakin bingit bunyinya. gua dah dengar slogan "kami mahu demokrasi" dari dalam perut. gampang betul beruang-beruang ni.tak reti sabar betul.

gua kemaskan genggaman tangan gua. kaki gua kasik kepit kuat2 biar tak tergelincir. gua sambung balik panjat.

akhirnya gua sampai jugak ke atas meja. senyuman gua tak putus-putus kegembiraan. hidung gua cuba goyang-goyangkan untuk hidu lauk dalam tudung saji.


"PPIAAAAAPPPPPP!!!!!!"

gua terasa panas dibelakang badan gua.

**********

"dah asar baru bangun tido!!! dengan tak mandinya, dengan tak gosok giginya terus bukak tudung saji..!! ape nak jadi ni bujang sekor ni.....!!" jerkah mak gua kat belakang sambil pegang rotan ala-ala conan the barbican. 

gua lari laju-laju sambil tahan pedih kena libas.

cilakak punye beruang dalam perut. nak sangat demokrasi..jahanam......



2 comments:

  1. the barbican ke the barbarian?hahaha..ok..

    ReplyDelete
  2. waahahahaha...the barbican la..takkan nak cakap mak sendiri barbarian..marah nnti dia..hahahahaha

    ReplyDelete

suara