Showing posts with label GOOD NIGHT VESPA. Show all posts
Showing posts with label GOOD NIGHT VESPA. Show all posts

Sunday, January 17, 2010

GOOD NIGHT VESPA cerita 7

lagu polifonik jejak rasul tiba2 kedengaran.. lamunan indah amin terus terputus..cilakak..dia segera menyeluk poketnya.. tertera nama Joni di skrin.. "potong stim betul la..." getus hati amin..
tawa rina menyusul perlahan..

"woi...kat mana ni? bila nak sampai..!? dah berakar tunggu ni.."

"la.. ko tak bawak kunci ke..?" tanya amin..

"mana bawak setan....!cepat la... barang banyak ni..badan dah bau sayur.. cepat..!! gua tak sabar nak masuk bilik ni.." jerit joni..

segera telefon dimatikan..cilakak..kalau bukan kerana final exam joni dah tolong dia, mampus nak duduk sebilik lagi semester ni..ahh..persetankan semua tu..

amin kembali ke tempat duduknya tadi.. jaketnya mula disarung dan disandang beg pakaiannya..

"dah nak balik ke..?" tanya gadis genit itu..
"em..dah boleh start kan?" tanya amin sambil memandang rina.. sebuah senyuman tawar dilemparkan..
 "boleh agaknya..." balasnya..

perlahan amin menghampiri vespa tok ayahnya itu.. dengan beberapa kali tendangan, vespanya kembali hidup.. "haa..kan hidup...jom..saya pun nak bergerak sama.. kita sama-sama jalan eh.." ajak rina sambil menghidupkan skuter miliknya.

hati amin berbunga-bunga dengan ajakan wanita cantik itu.. seolah hilang masalah semua.. risau pun tiada..

"joni mesti jeles tgk aku dengan awek cun balik kolej sama2.. padan muka hang...tunggu la situ sampai reput!!"

Friday, January 1, 2010

GOOD NIGHT VESPA cerita 6

gelak manjanya nakal..

amin memang takder awek.. nafsunya tak pernah berubah.. tetap kepada yag berlawanan jantina.. cuma peluang itu tidak pernah sampai..

mungkin hari ini tuhan bagi dia peluang itu.. peluang yang sangat....

best.....

amin mengemaskan duduknya.. sementara menunggu vespanya sejuk kembali, matanya memerhati keindahan ciptaan tuhan bernama rina..

"bukan la..abang saya ada vespa.. biasanya dia repair sendiri kalau ada problem.. saya cuma pandai skit2 je.. lagipun saya memang suka sangat-sangat kat vespa.. cuma takder peluang nak memilikinya je... " terang rina..

"suka vespa.....???" tanya hati amin... tetiba dia tersenyum panjang...



Tuesday, December 29, 2009

GOOD NIGHT VESPA cerita 5

fikiran amin menerawang. buntu.. air peluh mula membasahi bajunya.. panas terik mentari itu seolah-olah bertindak kasar dengan amin hari ini.. sedikit pun tak mendung.. sangat mencabar kesabaran hati seorang pemuda.

" rosak ke awak?"

amin terperanjat.. perempuan mana yang menegurnya.. rasanya  dalam pendengarannya tiada pun motor berhenti.. hantu pun takkan nak tegur siang panas terik ni fikirnya.. amin memandang dari mana suara tu datang..

 "sori ganggu.. rosak ke awak? tgk macam ada masalah je.." ulang perempuan itu lagi sambil meletakkan helmetnya di atas motorsikal  jenis Suzuki VS150. antara motosikal dalam senarai diidamkan amin..

 "saya rina.. awak..?" sambil menghulurkan tangan..

amin sedikit terpingga.. dengan pantas amin mengesat-ngesat tangannya ke baju dan membalas salam.. dan senyuman..

"saya amin.." balas amin sambil meneliti tag yang dipakai rina.. "ceh.. budak satu kolej dengan aku rupanya.. saing balik kolej macam aku la ni.." fikir amin sedikit melupakan masalah vespa yang tak hidup tadi..

rina menghampiri vespanya itu.. dengan lagak seperti pomen dia membelek-belek kenderaan tua tersebut.. sesekali di usik kick starter.. "tiba2 tadi vespa ni jam.. nak kata takde minyak saya dah isi, sebelum ni rasanya takde masalah pun..." terang si amin tanpa disoal sambil mengaru-garu kepalanya.. dua tiga kali pandang boleh tahan juga awek ni fikir amin..boleh tahan juga otak mangkuk ni, macam tok ayah dia..

"2t letak tak..?" tanya rina...

"2t...???" soal amin balik seperti tak mengerti.. tak tahu plak motor tua ni pakai 2t..? nak letak kat mana..? mana ada lubang minyak 2t..? bertelur-telur persoalan bersarang dalam otak amin.. muka tok ayah mula menjelma dalam benaknya..

"hmm.. mesti baru pakai vespa kan? untuk pengetahuan awak vespa pakai 2t, minyak petrol kena campur 2t skit.. kalau tak blok jam.. " terang rina sambil tersenyum melihat muka amin sedikit kemerahan.. samada merah sebab panas terik atau malu kena  "bancuh", dia pun tak pasti..

aksi tok ayah mentertawakan amin bermain-main dalam matanya.. "cis.. tak cakap pun pakai 2t.." getus hati si malang itu.. betul2 kena main..dengan perlahan amin bertanya.." abis tu nak buat mcmana? tinggalkan kat sini ke vespa?"

"tunggu dia sejuk balik.. panas sangat tu yang jam tu.. tunggu jap.. tak silap saya ada bawak 2t skit.." jawab rina sambil membuka tempat duduk skuter kuningnya itu.. amin menghela nafas lega.. sekurang-kurangnya dia tak balik ke kolej dengan jalan kaki.. 40km lagi.. mau patah buku lali.. kemudian botol 2t disambut.. perlahan2 dituang dalam tangki vespa dengan sedikit nasihat dari rina..

"jangan banyak sangat..nanti sebu.."

 "awak memang pomen vespa ke?" tanya amin dengan jujur..

rina tergelak..





Saturday, December 26, 2009

GOOD NIGHT VESPA cerita 4

masih ada 40km sebelum sampai ke destinasi yang dituju amin.. dengan kelajuan 60km sejam membuatkan belakang amin terasa sengal.. lagipun dia masih tidak biasa meyeimbangkan diri menunggang skuter besi ini, dengan gear di tangan dan enjin di tepi kadang kala membuatkan dia membebel sendirian memaki pencipta vespa  sepanjang perjalanan..
 " gila susah nak bawak bender alah ni.. kenapa la menyusahkan pengguna dengan enjin kat tepi.. silap skit mau bersepah masa selekoh.. bengong...."

bukan amin tak nampak sewaktu dalam perjalanan orang ramai memerhatikan dia dan berbisik sesama sendiri.. ntah mengumpat atau mengata siapa yang tau.. ikutkan hati hendak aje dilanggar orang-orang macam tu.. tapi bila di fikir-fikirkan amin, dia membatalkan hasratnya itu.. cuma dia dah siap menggepal tangannya kalau ada kutu-kutu jerit menganjing beliau.. memang nahas la kutu tu.. itu sudah lebih kalau siap jerit.. ingat seronok ke bawak menatang besi buruk ni...

sedang dia bersungut bersendirian, tiba2 vespa yang dibawanya berhenti dengan mengejut.. nasib baik amin sempat menarik clutch gear, kalu tidak ada yang berlipat di jalan raya.. sempat juga dia mengelak dari tersondol bontot lori..

"cilakak..!!!" jerit amin..

dengan hati-hati vespanya itu di sorong ke tepi jalan.. di dirikan dan amin membelek enjinnya.. kemudian menendang starter berulang kali...

masih tak hidup.......

dahinya mula berpeluh.. kepalanya yang tak gatal digaru.. amin terduduk di tepi jalan sambil mengenangkan apa nasibnya hari ini.. muka kutu2 yang menganjing dengan aksi-aksi yang kurang hajar perlahan-lahan mula terbayang dalam kepala amin.. hatinya mula mengelegak....

" cilake punyer vespa... menyusahkan aku...!! bodohhh...!!" marah amin sambil menendang2 sidebox vespa...

amin kembali duduk... kali ini dia tak memegang kepalanya untuk digaru.. tapi mengusap kakinya kerana sakit menyepak tadi...

"keras pulak menatang ni.." getus amin..






GOOD NIGHT VESPA cerita 3

tok ayah tiada di rumah.. sibuk dengan kenduri katanya.. amin masih lagi terperuk di hadapan pintu.. hatinya kacau..perasaan berbelah bahagi.. barang pakaian semua dah siapkan, duit belanja sudah diberi dan dia pun dah bersiap bersisir rapi.. cuma dia belum sedia nak membawa vespa tok ayahnya itu ke tempat belajarnya..

"amin bawak motor hati-hati.. minyak pun ada sedikit.. jangan lupa isi kalau dah sampai pekan.." pesan tok ayah sebelum meninggalkan amin..

 dia termenung panjang.. kemudian amin bingkas turun ke bawah  rumah melihat vespa milik  tok ayahnya itu.. dibelek-belek dan duduk memikirkannya.. duit belanjanya pun bukannya banyak.. kalau naik bas pun agak tak berbaloi.. lagipun tok ayah dah serah vespa ini padanya.. kurang ajar pulak kalau tak bawak.. amin mengerut dahinya tanda pening belum reda..

"ahhhh.. bawak je la...!!" jerit amin membuat keputusan..

*******
*******
*******

 "karang ader yang menganjing aku tinju muka dia..."bebel amin sendirian sambil memulas throttle minyak membelah keheningan pagi..

GOOD NIGHT VESPA cerita 2

"lu dengar la cakap atuk lu.. untung dia bagi vespa buat lu pegi belajar.. kalu bagi basikal...?" nasihat rudy sambil membetulkan tayar motosikal milik pelanggan..
amin bagai acuh tak acuh mendengarnya.. matanya lebih tertumpu pada deretan motosikal disusun hadapan kedai rudy.. angannya untuk memiliki skuter moden hancur.. jiwa sepertinya hanya sesuai menunggang motosikal moden, bukan motor tua dan antik fikir si amin..

"dah la.. gua nak balik.. nak kemas2 barang.. "beritahu amin..

"tgk tu.. nasihat gua langsung tak dengar.. lu nak balik naik ape...?"  tanya rudy dengan nada yang agak tinggi..

"naik tangga..!!" jerit amin sayup jauh meninggalkan kedai motor milik rudy..

rudy terkulat-kulat..

Friday, December 25, 2009

GOOD NIGHT VESPA cerita 1

amin menyedut udara subuh perlahan-perlahan.. sedikit keluhan dikeluarkan melalui nafasnya.. jiwanya betul2 menerawang dan terbang seperti burung pagi mencari rezeki. fikirannya menangkap betul hal semalam..

"tok ayah, amin dah mula naik belajar"

tok ayah masih bersandar di beranda pintu.. tak bergerak.. mata kepalanya tertumpu pada drama di kotak tv.. mungkin lawa agaknya artis yang berlakon.. boleh tahan juga perangai tok ayah ni..

"amin ingat kalu naik nanti amin nak pakai motor.. lagipun sekarang amin duk luar." sambung amin dengan harapan tok ayah mengerti.

Sebelum mummayiz lagi amin sudah dibela oleh tok ayah.. keluarganya yang pincang membuatkan amin dijaga sepenuhnya oleh tok ayah sebelum mengerti bahawa ibu dan ayahnya telah bercerai.. tok ayah bagaikan ibubapa, abang, adik, kawan pada amin.. cuma amin belum berani lagi pau rokok tok ayahnya.. nak mampos..

dengan tertib tok ayah menyalakan sebatang rokok sebelum menghembusnya perlahan-lahan.. asap menyelubungi ruang tamu disusuli hilaian suara maya karin terbit dari kotak tv.. "layan pontianak rupanya atuk aku ni, gila pelik nafsu.." fikir amin sambil memerhatikan perbuatan datuknya itu..

"kamu dah ambik lesen motor?" tok ayah mula bersuara.. tapi matanya tak lepas memandang susuk tubuh maya karin di kaca televisyen.. kehilangan nenek 20 tahun lalu mungkin tok ayah masih terasa sehingga hari ini.. lebih-lebih lagi malam jumaat ni.. mau tegang satu badan..

" sudah tok ayah.." balas amin separuh menjerit..
" bila nak pakai motor?" tanya tok ayah.. dan kali ini dia memandang amin..
" secepat mungkin tok ayah.. lagipun..." kata amin terhenti disitu.. mungkin dia hendak menghela nafas ataupun otak tengah susun ayat bodek baik punyer..

" lagipun ape amin..?" tanya tok ayah perlahan, dari matanya seolah mengerti apa yang ingin dikatakan oleh cucu seorang ini..

" amin dah tengok kat kedai rudy, banyak jugak moto baru dia bawak masuk.." jawap amin mengatur bicara supaya tok ayah tak tersilap anggap.. risau juga amin, takut kata2nya menyinggung.. melompat kang tok ayah aku..

tapi tiada butir kata sambutan dari tok ayah.. senyap seribu bahasa.. bagai masa terhenti di saat ini.. hilaian maya karin pun sudah tak kedengaran dari kotak tv.. benar2 hening.. belum sempat amin nak meneruskan bicara lagi tiba2 tok ayah bingkas bangun masuk ke bilik.. tindakannya agak memranjatkan amin..

'dimana salahkah cakap aku tadi?' getus hati amin.. dia cuba memikirkan semula butir2 perkataan yang diluahkan tadi.. rasanya tiada yang salah.. lagi pun tok ayah tak pernah terasa hati sebelum ini melayan cucu seorangnya yang nakal ya rabbi.. setakat tukar tembakau rokok tok ayah pada daun pinang kering pun tok ayah masih mampu tersenyum..

daun pintu bilik di kuak.. tok ayah keluar perlahan dan duduk berhadapan amin.. sedikit terkejut dan amin mengemaskan duduknya.. takut2 kalau dilempang sempat juga amin mengelak..

" ini kunci motor tok ayah dan cukai jalan.. buat masa ni amin pakailah dulu, nanti dah dapat kerja beli la lain.. lagipun motor tok ayah masih kuat, setakat nak berulang alik tmpat belajar takder masalah rasanya.." jelas tok ayah dengan panjang lebar..

amin sedikit terpingga..
terduduk....

setahu amin motor tok ayah cume ada satu saja.. memang jarang tok ayah pakai, cuma sekali sekala sahaja, itupun sekadar ke surau atau kenduri kendara.. cuma masalahnya motornya itu adalah vespa yang mengelupas catnya dan berkarat seluruh body.. peluh amin trasa menitik.. dia dah mula terbayang aksi pelajar2 kolej mengetuk dahi masing masing menyebut 'dut..dut..off..off..kunci..kunci..' setiap kali dia menunggang skuter besi tersebut..

"gila tak moden.....tak bestnyaaaaa!!!!" jerit hati amin separuh mati..