Thursday, January 21, 2010

liku-liku hidup seorang kamen rider

0600hrs   :   gua membuka mata kali pertama. tangan diangkatkan ke udara sambil melihat jam di tangan.. oleh kerana gua seorang inovatif, gua alihkan semua suis kat bilik ke bantal gua.. so tak payah gua meraba nak bangun.. picit bantal je beb..lampu pun terbuka..

0610hrs   :   gua mengadap cermin.. dukun kampung gua dulu cakap mengadap cermin setiap kali bangun pagi boleh mengelakkan rambut kusam dan menjaga perabot lebih tahan lama.. gua masih curiga amalan ni..

0615hrs   :   berada di kolam renang sebesar kangkang kera.. gua cedok perlahan2 mengelakkan dari tubuh mengalami infeksi kesejukkan..jepun yang maju mana mandi tiap2 ari woi...

0630hrs   :   beribadat kepada yang MAHA ESA.

0645hrs   :   tengok bini gua masak sambil bakar rokok pakai api dapur gas..

0650hrs   :   layan pemandangan pagi..layan rokok,layan teh o...gua rase macam pujangga alam pulak...

0700hrs   :   makan bersama isteri..gua jarang sarapan.. ulat perut gua belum bangun tidor..jangan kacau diorang..

0715hrs   :   gua bersiap dan memakai pakaian berperang..

0730hrs   :   meredah menentang kebobrokan manusia di pagi hari bersama belalang tempur gua...hampir 7ribu reraksa berjaya kami tewaskan..cilakak.. line kecemasan pun bedal sampai 2 bijik kereta lalu..gua lalu atas kereta lu baru tau..

0800hrs   :   gua sampai ofis dengan selamat..monyet pun boleh tahan banyak kat sini.. cis.. gua langgar kang..

bersambung...(gua dah masuk kerja la...tak kan gua nak main internet lagi... gua pekerja berhemah..tunggu petang balik kerja gua sambung...hahahhahaha...)

Tuesday, January 19, 2010

perkataan sama maksud

masa gua sekolah dulu, otak kami tak berkembang.. disendatkan dengan program asrama yang kuno.. maka demi menghiburkan hati yang lara pelajar, warden tiap tahun mengadakan pesta ria sekolah.. kira macam sure heboh la..cilakak..

**********

 setiap kelas dikehendaki buat gerai jualan.. gua masa tu cadangkan untuk buat jualan langsung gores dan menang.. idea gua ditolak mentah2.. cis.. gua tak amik pot.. gua merajuk ke gerai lain cari makanan percuma..

**********

 lu agak makanan diorang tu sedap ke? kucing pun boleh pengsan.. dengan pelbagai nama yang canggih manggih, hiasan gerai ala2 retro atau taman bali.. serta umpanan wanita2 cantik sebagai penjual.. gua rasa nak menjerit!!

"takder makanan free ke!?"

**********

gua seluk poket.. ader 2 ringgit.. cun..gua bleh belanja buat makan.. belen gua bleh beli rokok kat budak bengkel.. gua cari makanan yang boleh masuk perut...
dan cepat kenyang..,

sekali mata gua terpandang kat satu gerai.. gua perhatikan..
-KELAS EKONOMI RUMAHTANGGA-
 daripada rekod gua dengar, memasak adalah subjek utama untuk kelas diorang.. gua agak mesti makanan diorang tahap superb.. hari2 menghadap kuali.. aper ade hal..betul tak..

**********

gua terus capai satu bijik kueh yang nampak menyelerakan.. gua sumbat dalam mulut dan kunyah perlahan-lahan.. gua rasa lain macam..

getah?
pemadam?
plastik?

gua luahkan sedikit........
"cinabeng..!! ni ape benda...!?" jerit gua dengan penuh kemarahan sambil terawang-awang di udara.. member gua cakap masa tu mata gua dah tukar warna putih...

"MALAYA SQUID..seringgit setengah aje sebijik..." balas wanita itu dengan sopan..

" APA....!!!" jerit gua lagi..
langit tiba-tiba gelap...

**********

gua makan satu bijik cucur yang besar telapak tangan adik gua.. dalam dia berisi sotong.. lu tau sotong ape dia pakai..?? sotong yang buat sambal nasi lemak tu.. samad cakap sotong kurita.. gua tak tau aper nama sotong tu.. tapi masya allah liat macam cilake..

pesan gua lainkali jangan jual makanan yang belum diuji...

duit gua tinggal 50 posen..

tak guna punya MALAYA SQUID...


notalembu:  dari situ gua dapat nama MALAYA SQUID.. ucapan terima kasih kepada guru dan murid2 kelas ekonomi rumahtangga sekolah menengah teknik muadzam shah, pahang kerana mencipta resepi tersebut..



Sunday, January 17, 2010

GOOD NIGHT VESPA cerita 7

lagu polifonik jejak rasul tiba2 kedengaran.. lamunan indah amin terus terputus..cilakak..dia segera menyeluk poketnya.. tertera nama Joni di skrin.. "potong stim betul la..." getus hati amin..
tawa rina menyusul perlahan..

"woi...kat mana ni? bila nak sampai..!? dah berakar tunggu ni.."

"la.. ko tak bawak kunci ke..?" tanya amin..

"mana bawak setan....!cepat la... barang banyak ni..badan dah bau sayur.. cepat..!! gua tak sabar nak masuk bilik ni.." jerit joni..

segera telefon dimatikan..cilakak..kalau bukan kerana final exam joni dah tolong dia, mampus nak duduk sebilik lagi semester ni..ahh..persetankan semua tu..

amin kembali ke tempat duduknya tadi.. jaketnya mula disarung dan disandang beg pakaiannya..

"dah nak balik ke..?" tanya gadis genit itu..
"em..dah boleh start kan?" tanya amin sambil memandang rina.. sebuah senyuman tawar dilemparkan..
 "boleh agaknya..." balasnya..

perlahan amin menghampiri vespa tok ayahnya itu.. dengan beberapa kali tendangan, vespanya kembali hidup.. "haa..kan hidup...jom..saya pun nak bergerak sama.. kita sama-sama jalan eh.." ajak rina sambil menghidupkan skuter miliknya.

hati amin berbunga-bunga dengan ajakan wanita cantik itu.. seolah hilang masalah semua.. risau pun tiada..

"joni mesti jeles tgk aku dengan awek cun balik kolej sama2.. padan muka hang...tunggu la situ sampai reput!!"

projek tahun 2010


tahun ni banyak gua merancang projek2 untuk menjana ekonomi gua.. hasil dari pembincangan dengan ahli2 ekonomi tak berdaftar, konklusi yang gua dapat ialah tanah air akan mengalami pelbagai masalah dari segi ekonomi.. mmg kita tengah gawat sangat2.. ahh.. malas gua nak borak pasal birokrasi politik kat sini..yang penting gua mesti tambahkan pendapatan..

**********

macamana gua nak tambah duit? ni satu persoalan masa mula2 gua start belalang tempur pegi kerja... sambil memulas throttle minyak, otak gua ligat berpikir....pantas macam hemo-hemo..

tap!!!!

gua dapat idea skit...cis.. lambat gile motor depan ni..bercinta ke ape..gua nak cepat pergi keje ni..

**********

gua nak printing baju.. pengalaman gua masa sekolah buat patches ngan baju budak2 pongkes masih kukuh dalam ingatan gua.. igt kalu sehelai baju gua boleh jual 15 ringgit pun jadik.. kalu 6 juta orang bli baju gua? gua boleh naik bugatti veyron pakai singlet dengan boxer je tanpa rase malu dan curiga..

**********

gua dah pikir label utk projek gua...

"MALAYA SQUID"

amacam? nama macam kelas memasak ekonomi rumahtangga tak?kalu ader saper nak join gua pun boleh.. kita samer2 suntik seni dalam minda dan poket...hahahah

Friday, January 15, 2010

catat atas tisu hikayat 5

tarikh 14 januari 2010 jam 1840hrs

dari semenyih ke kuala lumpur 


sejak gua ditukarkan ke kl, gua kadang2 terdengar belalang tempur bercakap dengan gua..

"penat la bahlul"
tak sampai lagi ke? pinggang gua dah nak patah!"
"cilakak.. apahal k.l ni jem nak mampos.."
 "kita ikut jalan air nak!?"

kesian gua tengok belalang tempur gua.. dah rupa macam setan..

**********

gua tengah kumpul duit nak amik 'wira perkasa' plak... gua arap kementerian dalam negeri benarkn gua pakai..




seratus kilometer

dah lama gua tak merapik.. sejak masuk taun baru ni kepala gua ader sikit berat.. mungkin 2t kurang kot.. skit ari lagi boleh jem..

**********

semalam gua kira jarak dari umah gua ke ofis baru.. kira2 dekat 100km ulang alik... patut la perut gua makin kempis.. vibrate motor gua dari umah sampai ofis boleh kalahkan mesin ogawa. stakat nak kurus tak payah susah2 jumpe dr. romzey kat harian metro tu.. lu bawak je belalang tempur gua ulang alik dari umah gua sampai opis.. cukup sebulan confirm kurus..

**********

gua dah macam nak bertempur kalu nak pergi keje tiap2 pagi.. sebelum hidupkan belalang tempur, gua pastikan dalam keadaan hebat.. baju sejuk untuk melawan suhu pagi, tayar yang kebal untuk meredah lopak2 jalan sebesar lembu, kayu yang sederhana tebal untuk pukul kereta2 yang bodoh dan iblis..

**********

100km dah mcam gua nak pegi melaka.. kiranya 2 hari gua pegi ofis dah lebih kurang gua pergi balik melaka.. lahanat.. takper la.. demi periuk nasik gua.. gua sanggup.. kalu nak pegi selesa baik gua duk utan.. tapi kalu gua duk utan, macamana plan gua nak beli celica?hahahahaha...



notalembu:  gua dah bisik pelan2 kat bini gua.. gua nak beli 'wira perkasa' plak.. baru steady pegi kerja.. ari ni gua nak try lagi.. semoga maju jaya insp. sahab...

Wednesday, January 6, 2010

aku, dia dan gps..

bayangkan lu nak pergi satu tempat yang lu tak pernah pegi.. ader mamat datang and claim yang dia tau jalan kat tanah air ni.. dalam celah kangkang dia je semua jalan ni..

**********

so, lu start kereta terus jalan menuju tempat yang tak pernah dijejaki.. seperti yang dijangka, dalam awal perjalanan mamat ni rilek je bagitau jalan  mana nak ikut..

"belok kiri"
"lagi 2 kilometer belok kanan"
"500meter belok kanan masuk highway"
"perlahankan kelajuan"

terasa kagum tak?
tiba-tiba mamat ni mengelupur.. lu dah sampai simpang empat.. mane nak pergi?..kiri?kanan? depan? atau keluar kereta pastu tumbuk mamat tu laju2?

lu tanya dengan perlahan " nak belok mana ni?"

"please slow down."
"please slow down."
"please slow down."

"please.........."
tetiba mamat tu terus tido...

**********

kalu gua dah lame terajang mamat tu..


notalembu: mamat diatas adalah seketul gps yang mudah lupa diri.. beliau sering mendabik dada bahawa jalan malaysia dalam genggaman.. malangnya hayat beliau tidak kekal lama.. kerana kebongkakan dan keangkuhan dia ditenggelami air parit yang tiada dalam ingatan gps itu.. bangang!

Sunday, January 3, 2010

tahun 2010

gua memang takder idea nak merapik taun baru ni.. azam memang gua tak pasang pun sejak kecik lagi.. mengarut kata cikgu kemahiran hidup gua dulu.. dia cakap nak berazam tak yah tunggu taun baru, minggu depan pun boleh..ape ade hal..

gua cuma sibuk berjalan je taun baru ni..cari mende2 dan idea yg boleh mendatangkan duit.. gua dah penat mengeluh.. sekarang gua nak tibai segalanya.. less talk more action..

tapi gua tetap akan merapik...

Friday, January 1, 2010

GOOD NIGHT VESPA cerita 6

gelak manjanya nakal..

amin memang takder awek.. nafsunya tak pernah berubah.. tetap kepada yag berlawanan jantina.. cuma peluang itu tidak pernah sampai..

mungkin hari ini tuhan bagi dia peluang itu.. peluang yang sangat....

best.....

amin mengemaskan duduknya.. sementara menunggu vespanya sejuk kembali, matanya memerhati keindahan ciptaan tuhan bernama rina..

"bukan la..abang saya ada vespa.. biasanya dia repair sendiri kalau ada problem.. saya cuma pandai skit2 je.. lagipun saya memang suka sangat-sangat kat vespa.. cuma takder peluang nak memilikinya je... " terang rina..

"suka vespa.....???" tanya hati amin... tetiba dia tersenyum panjang...



televisyen jenama SAMSUL

msg bertalu2 ke hp gua mengajak gua ke lembah syaitan untuk menyambut tahun baru...
gua mengeleng-gelengkan kepala....

"gua tengah mencipta televisyen, jgn kacau gua..." reply gua kpd sumer rakan taulan..

petang tu gua ligat mencari wiring, cermin, plug dan memacam lagi barang untuk mencipta tv.. bini gua support berhabisan, dia ingat tv yang gua cipta ni leh dapat siaran astro secara percuma tanpa mendaftar.. gua angguk je tak cakap pape..

sedang gua mengeledah sampah dekat ampang, gua jumpa barang2 yang dikehendaki..segera gua balik rumah mengerjakan ibadah sebagai seorang lelaki..


rangka kotak tv yang hampir siap gua paku dan anyam.. rim dan tayar belakang tu antara idea gua nak gabung dengan tv..

 papan yang takder kaitan.. sungguh tipikal kalu gua guna papan untuk cipta tv.. ini bukan subjek kemahiran hidup..

papan dan trangka yang gua dah siap cuci dan sembur klorofom untuk mengekalkan warna asal.. terer tak gua.. basikal kat belakang tiada kaitan..

TAADAAA!!!
jadi pun kotak tv ciptaan gua.. sbb gua tak terpengaruh dengan ciptaan tipikal bangsa asing, gua cipta tv ni secara vertikal.. jadi kalu bini gua mau tengok astro percuma, dia kene tengok secara berdiri dengan mata pandang bawah..


**********

amacam...inovatif tak gua...???

gua tengah isi borang permohonan nak patenkan tv ni... doakan gua berjaya..


tahun baru dalam kotak tv

ada orang sambut dengan jeritan azam di bukit permai..
ada orang sambut dengan mercun 40 ela..
ada orang sambut dengan mengadakan parti buih 7 kejiranan..
ada orang sambut dalam kereta..
ada orang sambut dalam semak..
ada orang sambut dengan senaman berirama di kelab2..
ada orang sambut dengan makan bertalu-talu..

gua...?

sambut tahun baru dalam kotak tv..